Posts

Showing posts with the label sarapan pagi

Warung Jelira Rasa, Kg Guntung Luar, destinasi sarapan pagi popular di Setiu, Terengganu

Image
  Gulai Kerutuk Itik Hari ini dalam perjalanan ziarah kematian bapa saudara di Besut, kita singgah Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar. Di sini popular dengan masakan Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam kampung goreng. Di antara kedai sarapan pagi yang popular di Setiu. Gulai dia bukanlah paling sedap, tapi apabila makan membuatkan kita teringat dan ada identiti rasa dia yang tersendiri. Lokasi kedai di trafik light Kg Guntung Luar dan boleh Waze atau Google Map Warung Jelira Rasa. Ia dibuka setiao hari dari jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang dan Turup pada setiap Sabtu. Dah gitu lah.. Ambe makan dulu Gulai Ayam Kampung

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Image
  Berikut cerita tentang Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), — satu tempat makan terkenal bagi penggemar hidangan tradisional di Terengganu: 🍽️ Apa itu Nasi Dagang Atas Tol Nama “Nasi Dagang Atas Tol” merujuk kepada sebuah kedai/restoran di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, yang popular dengan versi tradisional hidangan Nasi Dagang Hidangan nasi dagang di Terengganu — termasuk di NDAT — biasanya terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan (kadang-kadang campuran beras & pulut), disajikan bersama gulai ikan (sering ikan tongkol atau "ikan aya"), sambal / cili padi, dan kadang-kadang lauk sampingan.  Nasi dagang adalah makanan tradisional dan ikonik di pantai timur Semenanjung (Terengganu & Kelantan) dan lazim dijamu untuk sarapan.  ✅ Kenapa Nasi Dagang Atas Tol Popular & “Wajib” Dicuba NDAT terkenal kerana rasa nasi dagangnya yang dianggap “qhal” — nasi lembut, kuah gulai pekat dan pedas-manis, serta lauk ikan yang “hitam manis” sesuai citarasa ora...

TERJAH BESUT: Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan, Kg Padang Landak Jerteh, memang lejeng

Image
  Terjah Besut Nasi Berlauk Kg Padang Landak, Jerteh, Terengganu adalah destinasi makan pagi klasik dan lejeng di Besut, Terengganu. Memang sedap gulai ikan aya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan ramai buat warga Jerteh dan Besut. Warungnya kecil sahaja di tepi jalan, tapi sentiasa mendapat tumpuan ramai. Ada 2 menu tumpuan di sini iaitu Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam. Cuma Gulai ayam tak sempat cuba kerana dah habis, nanti mungkin lain masa kita akan mencubanya. Selain itu pulut nissang gaul nyiur juga sedap macam masakan orang tua. Juga ada menu lain seperti nasi dagang, mee hoon , ayam kampung goreng dan banyak lagi serta pelbagai kuih muih. Kedai yang terletak ditepi jalan sebelah kiri menghala ke Pasir Puteh ini memang menjadi lokasi makan pagi popular di sini. Selepas makan di kedai, ambe bungkus gulai ikan dan sambal belacan bawa balik untuk makan tengahari dirumah. Puashati. Dan ia juga tahan lama malah boleh dimakan sampai ke malam. Untuk ke lokasi boleh Google Kedai Mak...

Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..

Image
 Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu. Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari. Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri. Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap. Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu; I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri. Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu. P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.

Putu Mayam Cicah Nyiur dan Gula merah di My Mom Nasi Lemak, Gong Badak

Image
NASI LEMAK MYMOM , Jalan lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu menyediakan pelbagai jenis sambal untuk nasi lemak yang enak dan sedap. Macam-macam sambal ada dari sambal bilis, kerang, ikan, telur tumis, paru, rendang dan macam-macam. Ia juga sentiasa menjadi tumpuan untuk penduduk sekitar bersarapan di sini. Ada satu kuih yang unik dan menarik untuk buat sarapan iaitu PUTU MAYAM CICAH NYIUR DAN GULA MERAH + GULA MELAKA memang unik dan sedap. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud jika anda dari Gong Badak/Batu Rakit. Berbaloi bersarapan di sini. #dekatje #terengganumyheritage

Sarapan Pagi Gulai Kepala Ikan, Kg Seberang Kastam, Kuala Besut

Image
Apa yang ingin dikongsi di sini adalah pengalaman bersarapan pagi Gulai Kepala Ikan di Kg Seberang Kastam, Kuala Besut bersebelahan Slipway LKIM . Memang enak sekali dan mendapat sambutan pengunjung yang beitu ramai sekali. Apa tidaknya, dengan nasi putih dan kepala ikan berharga RM8 hingga RM12.00. Saiz kepala ikan juga besar. Masakannya juga memang enak dan menyelerakan. Tak rugi mencuba keunikan makan pagi orang pantai timur ini. Memang berbaloi. Kedai ini bukan sahaja menyediakan menu Gulai Kepala Ikan, malah banyak lagi seperti ayam bakar, ikan bakar, nasi lemak, laksam, pulut sambal ikan dan macam-macam lagi. Terletak disebelah kiri jalan menghala ke Kuala Besut. Dan disebelahnya adalah bengkel Slipway LKIM. 

explore terengganu: Warung Atap Nipah

Image
explore terengganu: Warung Atap Nipah : Jika anda baru pertama kali tiba di Kuala Terengganu saya pasti anda tercari-cari di mana hendak bersarapan pagi. Saya tertarik untuk memper...

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Image
Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar. Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng... Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi. Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional. Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung. Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah.... Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari...

Pengunjung blog