Posts

Showing posts with the label sebatan syariah

Sebatan Syariah daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Image
  tulisan sahabat ambe tetuan Musa Awang yang merupakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang turut hadir menyaksikan hukuman tersebut di jalankan. SEBATAN TERENGGANU 27.12.2024 ADAKAH PATUH UNDANG-UNDANG DAN SYARAK? Oleh Tuan Musa Awang* Tulisan saya ini adalah berdasarkan kepada hujah undang-undang dan hujah syarak tanpa memihak kepada mana-mana ideologi atau parti politik. Pelaksanaan Sebatan Pada 27.12.2024 Hukuman sebatan telah dilaksanakan ke atas Mohd Affendi Awang, 42 selepas solat Jumaat pada 27.12.2024. Pelaksanaan sebatan itu hanya disaksikan oleh seramai lebih kurang 90 orang sahaja dan diadakan di dalam dewan tertutup di Masjid Al Muktafibillah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Penulis adalah antara 90 orang yang diberi peluang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat tersebut. Jemputan perlu mendaftarkan nama masing-masing dan sebarang peranti telekomünikasi elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk. Kesemua jemputan atau pemerhati dipersilakan duduk di ata...

Masjid Ladang atau Al Muktafi Billah Shah menjadi tanda bersejarah kepada perundangan Islam di negeri Terengganu

Image
  Hari ni singgah solat di Masjid Almuktafi Billah Shah atau dikenali Masjid Ladang. Masjid ini penuh nostalgia kerana zaman Ting 1 dan 2 dulu bersolat Jumaat di sini saban minggu semasa menginap di asrama Smaszal Ladang. Pada masa itu pelajar Ting 1, 2 dan 4 Smaasza Atas lelaki akan menginap di asrama dan ke sekolah setiap pagi dengan bas. Sekarang ini Masjid ini dan Dewan ini telah mencipta sejarah baru perundangan Islam Terengganu dengan perlaksanaan hukuman sebatan syariah pertama dalam sejarah moden diluar kawasan penjara. Ia telah mencipta fenomena dan polemik baru tentang perlaksanaan hukuman ini. Itu belum terlaksana lagi sebatan syariah yang sebenar seperti 100 rotan bagi penzina, dan beberapa kesalahan hudud yang lain apatah lagi hukuman rejam buat penzina yang telah berkahwin sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab Al Quran yang menjadi rukun Iman bagi orang muslim dan mukmin. Agaknya mesti maha hebat tohmahan dan hujahan pejuang pejuang yang kononnya berjuang untu...

Pengunjung blog