Posts

Showing posts with the label sedap

Kue Tiaw Sup ala steamboat yang simple dan sedap.. mudah je..

Image
  Musim PKP ni kitaran hidup tak meluas sangat, travel pun dari bilik tidur ke ruang tamu.. dan jauh sikit ke dapur. Masuk ofis pun jika perlu. Petang turun ke laman buat sedikit exercise buat keluar peluh sambil tengok pokok pokok yang di tanam zaman PKP ni iaitu pokok Avocado dan Longan Sarawak atau Motoa. Jadi untuk perkongsian hari ini kita travel ke dapur hasil Bapak Chef iaitu Menu Kue Tiaw ala steamboat yang ringkas dan sedap. Bahan bahan yang diperlukan -1 bungkus atau 2 bungkus kue tiaw  (Saya buat 2 bungkus untuk 6 orang makan) -semangkuk ayam yang di cincang - semangkuk bebola yg diguna untuk steamboat, terpulang pada anda -sedikit cendawan shitake dan noki yang halus tu - semangkuk kobis bulat atau sayur yg anda suka -1 paket kecil perencah mee hoon sup adabi -1 sudu chicken powder - sedikit serbuk lada sulah - garam - sedikit sos tiram - bawang besar 1 labu dan 4 ulas bawang putih untuk menumis - sedikit minyak Cara- caranya - panaskan sedikit minyak dan tumis baw...

Cendol Warisan Kiter di selekoh Primula Hotel, Batu Buruk... dah jadi viral...macam kena gi je cuba..

Image
Nok try atau mengidam cendol durian & cendol pulut kacang + jagung jemput la singgoh deh awok2.. Pekene Cendol sambil santai2 di pantai tengok laut .. Cendol asli dari pewarna daun pandan dan proses sendiri dok gune mesin.. In shaa allah sedap kalu dok sedap kabo ke kami deh akan perbaiki lagi citerase penggemar Cendol. Gerai beroperasi di selekoh Hotel Primula di Batu Buruk bermula jam 11.00 pagi Hilang dahaga hilang rase lapor.. Cendol Warisan Kiter. Sumber:  Terengganu Times #setiupost

Cendol Mangga @ pauh yang sedap di Restoran Rasa Pedas Kg Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu

Image
Musim panas ni kena cendol memang sedap .Ada satu Kedai makan atau restoran yang menyediakan cendol sedap dan dan menarik, macam-macam ada di sini dari Cendol durian, Cendol mangga @ mempelam @ pauh dan macam-macam lagi.Memang sedap sungguh dengan rasa lemak manis apabila cendol bertemu pauh. Selain itu juga kedai ini turut menjual Nasi Ayam Hainan yang sedap dan juga Nasi Ulam dan lauk-lauk. Sebelah petangnya pula menjual steambot buffet dengan harga RM19 seorang dengan pelbagai pilihan dan nasi dengan budu ditawarkan bersama staembot. Nasi ayam hainan kecur air liur tengok Cendol Mangga Lokasi kedai Restoran Rasa Pedas Sukaramai ini terletak berhadapan dengan Gerai Keropok Sukaramai yang popular di Kg Mengabang Lekar. Jika waktu malam suasana kedai ini meriah dengan lampu yang terang. Banyak destinasi makan yang menarik di Terengganu ini yang bolek kita nikmati bersama keluarga atau teman-teman. @terengganumyheritage post  

Pengunjung blog