Posts

Showing posts with the label serabe

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

Image
K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan. Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini. Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi. Rojak Kateh Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Tere...

Makan 'SERABE' sedap

Image
Inilah rupa kuih tradisional 'SERABE' 'Serabe' adalah antara makanan tradisional rakyat Terengganu yang kini agak sukar didapati. Ianya memang sedap dan didatangkan bersama kuah lemak dan kuah manis. Baru-baru ini blogger berpeluang merasa ' Serabe' yang sedap hadiah buahtangan rakan dari Kuala Terengganu. Kalau nak cari 'Serabe ' mungkin ada di Pasar Bukit Besar, Pasar Cabang Tiga atau Pasar Kedai Buluh. Sememangnya makanan warisan ini mampu melangkah jauh dan menjadi tarikan orang ke Terengganu.

Pengunjung blog