Persembahan Kebudayaan hujung minggu di Pantai Batu Buruk.. sokongan anda bermakna budaya kita utuh
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN HUJUNG MINGGU (SETIAP SABTU) Masa : 9:00pm - 11:00pm Tempat : Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu Antara persembahan yang akan diadakan adalah wayang kulit, rodat, dikir barat, gamelan, serta tarian tradisional dan lagu rakyat. Marilah bersama-sama menghidupkan suasana malam di pantai peranginan di samping menghayati persembahan kesenian yang dipersembahkan oleh badan kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu! Menyokong aktiviti kebudayaan adalah satu tanggungjawab bersama bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian budaya yang berterusan dan tidak pupus ditelan zaman. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menyokong kegiatan kebudayaan sebegini.