Posts

Showing posts with the label squid jigging

Festival candat sotong, peserta tertarik dengan budaya dan keindahan Setiu.

Image
Peserta tertarik melihat penduduk membuat bakul anyaman. KEBANYAKAN peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai Festival Mencadat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 tertarik dengan pelbagai keindahan dan budaya di dua tempat yang mereka kunjungi pagi ini di Setiu, iaitu di Kampung Pengkalan Gelap dan Kampung Gong Batu, Kuala Setiu, hari ini. Peserta yang tiba dengan tujuh buah bas dari Kuala Terengganu di kampung itu iaitu kira-kira jam 9.30 di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu yang kebanyakan terdiri daripada peserta dari China dan beberapa negara lain manakala kumpulan dua adalah terdiri daripada peserta tempatan. Kumpulan pertama menaiki beberapa buah buah bot mengelilingi pulau semut sejauh kira-kira 1.5 kilometer di muara Kuala Setiu untuk melihat keindahan flora dan fauna dengan merakamkan gambar-gambar yang menarik sebelum ke kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar yang terletak kira-kira 500 meter daripada pengkalan. Peserta dari China mengambi...

Peserta Candat Sotong Terengganu 2014 tertarik dengan Tasik Kenyir.

Image
Seorang peserta sedang bermanja dengan ikan kelah- Gambar:  Aminudin Oleh: Aminudin Ismail.  SELEPAS sehari suntuk berada di Setiu semalam kerana mengikuti beberapa program yang diatur termasuklah mencandat sotong di perairan pantai Penarik, hari ini rombongan Festival Mencandat Sotong Terengganu 2014 menyusuri Tasek Kenyir pula bagi mengikuti beberapa aktiviti antaranya ialah membelai kelah di Santuari Kelah di Sungai Petang. Bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi, peserta mencandat sotong dari dalam dan luar negara yang menaiki tujuh buah bas itu tiba di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira jam 9.40 pagi. Mereka diberi taklimat mengenai apa yang mereka lalui oleh pegawai dari Ketengah mengenai aktiviti sepanjang sehari berada di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu. Kumpulan pertama terdiri daripada 70 peserta bergerak ke Santuari Kelah manakala kumpulan kedua seramai 120 peserta pula ke Taman Tropika dan Taman Orkid. Orkid yang ter...

Sebarkan keindahan Terengganu ke seluruh dunia- Menteri Besar.

Image
Ahmad Said bertanya sesuatu kepada seorang peserta luar negara ketika menyampaikan cenderahati, sambil diperhatikan Mohd Jidin. Oleh: Aminudin Ismail. SERAMAI kira-kira 200 peserta dalam dan luar negara Festival Mencandat Sotong Terengganu 2014 diraikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dengan jamuan makan malam dan majlis penyampaian cenderahati di kediamannya, di Kuala Terengganu, malam tadi. Majlis yang turut disertai beberapa exco kerajaan negeri dan beberapa jemputan khas yang lain itu turut dihidangkan dengan pelbagai juadah tempatan dan tradisional untuk peserta dan dihiburkan dengan irama tradisional melayu.  Dalam ucapannya, Ahmad berterima kasih kepada semua yang menjayakan festival itu termasuklah pihak urusetia dan katanya, kerajaan negeri akan menjadikan Festival ini lebih hebat lagi pada masa hadapan. Seorang peserta meminta tandatangan MB. Ahmad berkata, jemputan beberapa wakil media cetak, elektronik dan bloger dari dalam dan luar n...

Petugas Media 25 negara sertai candat sotong

Image
Festival mencandat sotong peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di perairan Terengganu dijangka lebih meriah apabila 250 petugas media dari 25 buah negara bersetuju menjadi rakan penyiar dan liputan. Program hanya melibatkan pengamal media itu dijangka berlangsung selama tujuh hari bermula 11 April ini di perairan Setiu dan Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata berikutan kehadiran rakan penyiar dari seluruh dunia itu, pihaknya akan mengadakan pertandingan rakaman visual dan fotografi terbaik.  "Dalam pertandingan itu nanti, pemenang akan menerima hadiah berupa pakej melawat Terengganu yang ditaja kerajaan negeri seperti penginapan, tambang kapal terbang, makan minum, melawat ke tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Cemerong dan sebagainya. "Saya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 250 petugas media bersedia untuk datang meriahkan festival itu" katanya.  Dato’ Seri Haji Ahmad berkata kerajaan negeri berha...

Pengunjung blog