Posts

Showing posts with the label steamboat

Menikmati steamboat secara berjemaah di rumah, mudah dan simple.. sedap pulak tu

Image
  Teringin nak makan steamboat? Ialah kan musim PKP ni mana ada kedai buka nak makan macam ni.. lagi pun makan steamboat tak boleh nak tapau.. Jadi di sini Admin ingin kongsikan resepi mudah untuk anda nak makan steamboat berjemaah kat rumah. Resepi yang mudah dan simple dan boleh elak makan nasi pada waktu malam bagi yang ingin diet. Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: - rempah asam pedas adabi 1 paket dan mee hun sup adabi 1 paket  - 2-3 ulas bawang putih di ketuk  - bahan untuk steamboat seperti meatball, sotongball, fishcake atau sebagainya yang anda suka  - mushroom shitake, noki serta tiram  - kobis panjang, carrot atau apa saja sayur yang anda suka  - udang atau sotong atau isi ikan  - ayam atau daging  - telur  - mee samada meenhoon, mee kuning atau kue tiaw atau mee maggie  Cara caranya adalah seperti berikut: - masukkan 2 atau 3 liter air ke dalam kuali atau periuk  - masukkan bawang putih dan pes adabi, bi...

D'Ganu Steamboat Pulau Duyung, Kuala Terengganu memang berbaloi..

Image
Pulau Duyung, Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai keunikan iaitu Duyung Marina Resort yang dulunya dikenali sebagai Riyaz Heritage dan juga Kota Duyung iaitu bangunan bersejarah yang mempunyai banyak kisah sejarah Pulau Duyung dan Kuala Terengganu. Kali ini sekali lagi diperkenalkan destinasi makan minum antara yang paling popular di sini iaitu D Ganu Cafe Steambat yang sentiasa enjadi tumpuan pengunjung. Apa yang istimewa di sini adalah harga BBQ Steamboatnya yang murah dan berpatutan iaitu RM25.00/set untuk 4 orang dan RM35.00/set untuk 6 orang. Memang berbaloi menikmati bersama keluarga. Sebaik sahaja sampai lebih kurang jam 8.00 malam, para pengunjung sudah mula memenuhi ruang restoran dan menjelang 9.00 malam semua tempat telah penuh dan ada pelanggan terpaksa menunggu tempat duduk. Namun begitu, usah bimbang pemandangan di sini menghadap Pulau Warisan dan bandar Kuala Terengganu amat menarik dan mengasyikkan. Dengan deruan angin malam menambahkan kedamaian ...

Promosi Grilled Steamboat Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Image
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu memperkenalkan promosi terkini iaitu 'GRILLED STEAMBOAT' serendah RM30.00 seorang dengan minima tempahan 2 orang. Juga Promosi Steamboat serendah RM20.00 seorang juga dengan minima tempahan 2 orang. Hotel yang terletak berhampiran destinasi popular masa kini di Kuala Terengganu iaitu Kampung Cina dan Pulau Warisan tentunya memudahkan anda untuk menikmati pelbagai tarikan dan kemudahan di sini. Buat tempahan untuk orang dan keluarga tersayang sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu. Hubungi 09-6236454 untuk tempahan dan maklumat lanjut. @Terima kasih Puan Azizah- Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Makan CHIM CHUM di Kota Bharu, Kelantan... steamboat + BBQ... best

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi tentang makan CHIM CHUM yang enak di D MINA Kota Bharu, Kelantan. Ia menjanjikan sedikit kelainan berbanding steamboat kerana ia adalah gabungan masakan steamboat dan BBQ. Lagipun menu dan pilihan bahan mentahnya juga banyak. suasana restoran yang menarik bercahaya di waktu malam Selain itu, pakej juga disediakan dengan pilihan nasi, mee goreng, somtam, pelbagai jenis pencuci mulut seperti pengat dan bubur dan juga aiskrim. Memang seronok jika makan ramai-ramai. Ambillah setakat yang diingini. Apapun janganlah sampai membazir. Ia amalan yang tidak baik. Blogger dan keluarga telah mencuba Chim Chum ini di D Mina Restoran , jalan Pengkalan Chepa. Seronok tengok anak-anak makan dengan mencuba untuk merebus dan membakar sendiri apa yang di ambil Ada yang cuba belajar pegang 'chopstick'. Kesempatan ini adalah luang yang terbaik untuk mengeratkan kemesraan keluarga sekian saban harisibuk dengan agenda masing-masing. Masakan chim chu...

Pengunjung blog