Posts

Showing posts with the label sukan

Kejayaan Muhammad Zulfiqar Ismai, pingat gangsa 100M di Kejohanan Remaja Asia di Jepun membanggakan Setiu, Terengganu dan Malaysia

Image
Satu lagi pencapaian hebat anak Terengganu di persada sukan antarabangsa oleh Muhammad Zulfiqar Ismail yang telah memenangi pingat Gangsa dalam acara 100M di Kejohanan Asian Junior Athletic Championship di Gifu Jepun pada 8 Jun 2018 dengan cataatn masa 10.46 saat. Satu pencapaian yang membanggakan #setiupost

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu

Image
Oleh Aminudin Ismail Pasukan Ahmad Sidi muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan Cikgu Rosuwadi 2-1 pada perlawanan akhir Kejohanan Ping Pong Berpasukan Tertutup Setiu 2017 berlangsung di Dewan Cikgu Alias, Bandar Pemaisuri, Setiu baru-baru ini. Manakala tempat ketiga disandang Pasukan Ustaz Sawari dan Pasukan Mie Bomba. Seramai 33 peserta lelaki dan seorang wanita dari 11 pasukan dari daerah Setiu bersaing pada pada kejohanan kali ini. Presiden Persatuan Ping Pong Setiu (PPPS), Ahmad Sanusi Ibrahim berkata, pihaknya mengharapkan agar dapat bantuan dan pembiayaan bagi membina dewan ping pong Setiu. "Setiu telah melahirkan ramai bakat pingpong antaranya Saudara Razak yang telah memenangi gangsa sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur, juga team Setiu yang mewakili Terengganu juga johan dalam sukan Wilayah Felda Kebangsaan 2017," katanya. Sementara itu, dalam Kejohanan Ping pong Tertutup Terengganu 2017, pasukan Setiu membolot juara Perseoranga...

Keputusan Penuh Kejohanan Ping Pong Malaysia Kali ke 54 2017 di Kuala Lumpur

Image
Perseorangan lelaki, Juara oleh Leong Chee Feng- Selangor, Naib Juara- Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur dan ketiga- Mohd Syakirin dan Chai Kiang Beng dari ATM Berikut adalah keputusan penub kejohanan bagi tahun 2017: *Berpasukan Lelaki* 1. Selangor 2. KL 3. Penang 3. ATM *Berpasukan Wanita* 1. Sarawak 2. Selangor 3. Penang 3. Johor *Bergu Lelaki* 1. Selangor (Chee Feng/ Javen) 2. ATM (Shakirin/ Kian Beng) 3. MASUM (Hasri/ Yik Min) 3. KL (Asraf/Wen Jie) *Bergu Wanita* 1. Negeri Sembilan (Xing Yee/ Chiau Yee) 2. Sarawak (Lynn Jia/ Sammi Tay) 3. Penang (Yong Xin/ Angel Ooi) 3. Johor (Ning Ying/ Ning Hui) *Bergu Campuran* 1. Selangor (Chee Feng/ E Xian) 2. Selangor (Javen/ Catherin) 3. Kedah (Cheak Yang/ Chia Yi) 3. Johor (Cheong Sze/ Ka Ying) *Perseorangan Lelaki* 1. Chee Feng (SL) 2. Ashraf (KL) 3. Shakirin (ATM) 3. Kian Beng (ATM) *Perseorangan Wanita* 1. Alice Chang (SK) 2. Tee Ai Xin (JH) 3. Ho Ying (JH) 3. Sammi Tay (SK) #setiupos...

Setiu mengungguli Kejohanan Pingpong Tertutup Terengganu 2017

Image
Kejohanan Pingpong Tertutup Terengganu 2017 telah berlangsung pada 2 Disember 2017 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Seramai lebih 130 penyertaan telah diterima meliputi perseorang lelaki dan wanita serta bergu lelaki dan wanita. Kejohanan ini diadakan sebagai persediaan bagi memilih wakil pasukan Terengganu ke Kejohanan Pingpong Malaysia 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 hingga 23 Disember 2017. Keputusan penuh kejohanan adalah sebagaimana berikut: Perseorangan lelaki; Johan- Rosuwady Shukri- Setiu Naib johan- Wah Tee Lee- Hainan ketiga- Saiful Bahri Omar- Wakaf mempelam  dan Chin Kuan Tuan- Hainan Perseorangan Wanita Johan- Ter Chin Shyuen- Hainan Naib Johan - Nurul Izza Zaharuddin- Setiu Ketiga- Nur Aliya Syafiqah kamaruzaman- Alor Damat dan Nurul Syazwani- Seberang Takir Bergu Lelaki Johan- Rosuwady Shukri/ Nazri- Setiu Naib Johan- Mohd Yusuf Ibrahim/ Che Nuzul Hapiz Che Alias- Setiu Ketiga- Saiful Bahri/ Masrin- Wakaf mempelam dan R...

Pengunjung blog