Posts

Showing posts with the label t holidays

T Holidays melangkah setapak lagi dengan bas persiaran terbaru

Image
T Holidays Travel  & Tour , sebuah agensi pelancongan yang pertama bertapak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran bas persiaran terbaru. Bas dengan kapasiti 40 penumpang ini baru operasi dan sedia memberi perkhidmatan kepada mana-mana agensi yang memerlukan dengan kadar harga yang berpatutan. Bas model Hino E 5 ini sungguh selesa dengan rekaan terkini dari  SKS Bus lengkap dengan kemudian audio dan TV LCD 42 inci pastinya memberi kepuasan kepada penumpang sepanjang perjalanan. Hasil usaha gigih usahawan anak muda Setiu  iaitu Nik Man Mohd Yasin ini kini boleh dibanggakan yang bermula dari bawah dengan usaha secara kecil-kecilan. Kegigihan beliau ini boleh dijadikan tauladan dan dorongan kepada anak muda yang lain untuk turut sama memajukan lagi bidang keusahawanan di Terengganu dan khususnya di Setiu.  Di antara perkhidmatan yang di tawarkan adalah perkhidmatan van dan bas persiaran, pakej ke Pulau Red...

T Holidays, Setiu terus melangkah setapak lagi dalam industri pelancongan

Image
Tahniah kepada T Holidays Travel & Tours yang beribu pejabat di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kerana telah maju selangkah dalam memajukan agensi pelancongan di daerah Setiu. Dengan memiliki sebuah van pelancongan versi Thailand dengan kapasiti 14 penumpang, lengkap dengan sistem audio visual, ia memberi pilihan untuk melancong dalam negara dengan selesa. Daripada seorang Kerani di Perpustakaan Awam Setiu, kini Nik Man telah selangkah menjadi usahawan pelancongan sepenuhnya dengan mengendalikan pelbagai pakej pelancongan dalam negara dan luar negara. Juga tempahan bilik hotel-hotel dan resort seluruh negara. Sama-sama kita memberi sokongan kepada beliau dalam memajukan industri pelancongan domestik. Dan khabarnya pada bulan Jun ini, T Holidays akan mempunyai sebuah bas persiaran yang baru bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Setiu dan Terengganu. Syarikat beliau juga turut mengendalikan tempahan tiket untuk bas ekspres di Perhentian Bas Bandar ...

Pengunjung blog