Posts

Showing posts with the label tahun melawat malaysia 2014

Petugas Media 25 negara sertai candat sotong

Image
Festival mencandat sotong peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di perairan Terengganu dijangka lebih meriah apabila 250 petugas media dari 25 buah negara bersetuju menjadi rakan penyiar dan liputan. Program hanya melibatkan pengamal media itu dijangka berlangsung selama tujuh hari bermula 11 April ini di perairan Setiu dan Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata berikutan kehadiran rakan penyiar dari seluruh dunia itu, pihaknya akan mengadakan pertandingan rakaman visual dan fotografi terbaik.  "Dalam pertandingan itu nanti, pemenang akan menerima hadiah berupa pakej melawat Terengganu yang ditaja kerajaan negeri seperti penginapan, tambang kapal terbang, makan minum, melawat ke tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Cemerong dan sebagainya. "Saya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 250 petugas media bersedia untuk datang meriahkan festival itu" katanya.  Dato’ Seri Haji Ahmad berkata kerajaan negeri berha...

Terengganu bantu jayakan Tahun Melawat Malaysia 2014

Image
Suriati Ali Gambar oleh Zulkipli Putra Datuk Mohd Jidin Sebagai langkah membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, Kerajaan Terengganu tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan program itu dengan menganjurkan Festival Kenyir 2014. Program mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dijangka berlangsung selama selama sebulan, bermula 29 April hingga 29 Mei, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.  Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata, penganjuran itu amat bertetapan seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan tasik tersohor sebagai pulau bebas cukai 2015, selain menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama pada masa akan datang.  “Kami juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memperoleh kebenaran berlesen daripada pengusaha besar untuk menjalankan perniagaan di tasik itu.  “Selain penguasaha kedai bebas cukai, pelbagai acara akan diadakan termasuk...

Pengunjung blog