Posts

Showing posts with the label team building

Pelajar ILP MARANG bermotvasi di Peladang Setiu, Agro Resort, Setiu, Terengganu... menarik

Image
KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI PELAJAR ILP MARANG, TERENGGANU Rona Rona Program 3H2M 16 -18 MAC 2017 Bersama Pelajar Di Agroresort Setiu Terengganu Siri 3 Ini Disertai Seramai 58 Orang Pelajar. Objektif Program Adalah Untuk Memberi Intipati Jati Diri Kepada Pelajar Dan Sebahagian Aktiviti Kokurikulum Beliau.Dimana Pelajar Diuji Ketahanan Fizikal Dan Mental Dengan Slot MOTIVASI , KEAGAMAAN , NITE TREKKING , FLYING FOX , RAFTING DAN JUNGLE TREKKING. Selaku Penyelaras Program , Merangkamkan Jutaan Terima Kasih Pada Ahli Jawatankuasa Program , Pihak Jurulatih Agro Resort Setiu , Penceramah Motivasi Dan Juga Seluruh Para Pelajar. Syabas Dan Tahniah Kepada Semua Kerana Program Berjalan Dengan JayaNYA. @FB Azhar Ab Aziz admin: Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej dan tempahan bolehlah berhubung terus dengan bahagian Jualan dan Tempahan di talian 0199192240 (tel/sms/whatsapp) 09-6920039/59 #terengganumheritagepost

Cabaran 'Flying Fox' di Peladang Setiu Agro Resort... mencabar bohh...

Image
Cabaran Flying Fox di Peladang Setiu Agro Resort tentunya memberi anda satu pengalaman yang berbeza. Perasaan gementar bercampur baur dengan perasaan ingin mencuba saat untuk dilepaskan oleh jurulatih. Dengan ketinggian hampir 70 kaki tinggi dengan jarak hampir 100 meter tentunya memberi anda cabaran dalam menerobos sempadan keyakinan diri. Dengan pandangan yang memukau dari menara ia tentunya menyeronokkan. Harga pakej untuk aktiviti Flying Fox ini adalah RM12.00 seorang dengan minima 30 orang. Jika lebih ramai tentu lebih menjimatkan. Walau bagaimanapun, jika anda datang dengan kumpulan yang lebih kecil, kadar yang dikenakan adalah RM250.00 bagi 10 hingga 20 orang. Selain itu, aktiviti lain juga disediakan seperti Abseilling, Water Rafting, Water Confident, Agro Explorace, Kayak dan macam-macam lagi. Hubungi Peladang Setiu Agro Resort di talian 096920039 atau 6920059 untuk maklumat lanjut.

Pengunjung blog