Posts

Showing posts with the label terapuri

RM529 per villa, promosi istimewa di Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu

Image
Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu enawarkan promosi istimewa 2016 iaitu RM529.00 semalam bagi penginapan villa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Resort yang berkonsepkan rumah klasik Terengganu yang terletak di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu ini menawarkan kelainan dan suasana  yang berbeza dengan resort berkonsepkan pemuliharaan dan pembangunan semula rumah lama abad ke 17 Terengganu. Dengan berlatarbelakangkan Setiu Wetland dan berhadapan Laut ChinaSelatan ia memberi dua nilai estetika yang berbeza dan unik kepada penginapnya. Di antara tarikan di resort ini adalah hidupan wetlands seperti tuntung, lokan serta pokok-pokok bakau dan nipah disekelilingnya. Apa yang paling menarik anda boleh menikmati keindahan kerlpan kelip-kelip dengan memerhatikannya di sekitar resort yang hidup dengan semulajadi tanpa diusik. Kawasan ini juga menjadi destinasi penting pendaratan penyu terutama penyu hijau (green turtle) dan juga tuntung dengan keindahan pantainya yang cantik dan ...

Keindahan Setiu.. Kg Mangkuk.. tiada bandingan

Image
Ini adalah perkongsian fotografi keindahan senja Pantai Mangkuk berhampiran resort eksotik Terapuri. Suasana senja disini sungguh hening dan indah, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Jika anda disimpang Kg Penarik, belok sebelah kiri dan akan sampai ke kampung nelayan tradisional Kg Mangkuk. Lokasi di sini juga kaya dengan khazanah wetland seperti payau bakau, nipah dan bermacam-macam krustasia. Di hujung tanjung iaitu di Kuala Baru terkenal dengan syurga bagi kaki pancing dan pernah menjadi lokasi Grand Final GP Joran Berita Harian.

Pengunjung blog