Terrapuri : Sebuah Mahakarya Cinta
Dia mengambil masa selama 19 tahun untuk melengkapkan impiannya yang dinamakan Terapuri, suatu yang dianggap oleh sebilangan rakan sebagai ‘kerja gila’. Satu demi satu rumah-rumah lama berusia beratus tahun yang hampir runtuh dan dianggap tidak lagi bernilai oleh para pemilik, begitu juga perkakas di dalamnya termasuk kukur kelapa dan sarang kuih. Satu demi satu dicerai dan dibangunkan semula dengan kaedah tradisional oleh tukang-tukang yang masih mewarisi kemahiran, dikembali kepada bentuk asal dengan kesempurnaannya. Ia mengembali seri, keindahan dan keunikan sebenarnya untuk diberi nilai baru demi kepentingan warisan negeri dan dunia perniagaan yang diceburinya. Suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan lenyap begitu sahaja kini menghiasi Terrapuri (tanah istana) di Kampung Mangkuk Penarik, hampir sejam perjalanan dari Kuala Terengganu. Alex Lee Yun Ping, 42, membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk itu dan rumah-rumah tradisional antik berkenaan menjadi s...