Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pemerintahan Long Gaffar dan keturunannya di Kelantan. Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh. Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki ketu...