Posts

Showing posts with the label tular

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...

Image
Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu. Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif. Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad. Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang. Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admi...

I miss U, I Luv U, Me Luv U.. itulah antara minuman yang unik dan kian popular di Gong Badak, Kuala Terengganu

Image
I Luv U I Miss U Me Luv U Itulah antara nama air di kedai ini yang kian popular. Jangan salah sebut kan boleh cari gaduh dengan pasangan nanti. Kedai yang terletak di tepi jalan menghala ke Pasaraya Hock Kee Seng , Gong Badak, Kuala Terengganu. Ia dijual dengaan harga RM4 segelas. Di antara dialog dalam loghat Terengganu  rakan FB tentang  air minuman yang unik ini. Kerana Segelas Air .. Aku Kene Tido Luor !!!! Name air Tu I love U .. Pahtu Ambe Order r 2 .. Tukang Jual ( Comey boh ) nok Confirm ..yer Tanye Balik... I Love U two ? Yer.. I love you Two.. I miss U smula smula r..  Tibe tibe .. Mek ambe masuk keda .. Galok teh.. Nok beli air ke nok ngorak tu !! Amboi ..Balaik aku Kate..Balaik !! Moral Of the Story... Kalu nok beli ... Tunjuk .. Jangan sebuk kalu ade Bini tepi...hahaha.. # deCoffestationGongBadok   FB Telo piung

Kenyataan Media Berkaitan Tangkapan Ikan Jerung di Perairan Pulau Kapas Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
*Kenyataan Media Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Berkaitan Penularan Gambar Penangkapan Ikan Jerung di perairan Terengganu di Media Sosial* Para pelancong yang berkunjung di negeri Terengganu tidak perlu bimbang berikutan penularan gambar jerung yang disebarkan di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang. Malahan, Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) juga menafikan dakwaan terdapat gangguan jerung di kawasan tersebut, susulan penyebaran gambar jerung spesis bull shark yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, semalam. Pengarah JTLN, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita itu tidak tepat kerana jerung terbabit ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu tujuh batu nautika dari perairan berkenaan. Setakat ini, tiada rekod mengenai gangguan jerung bukan saja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang di tu...

Pengunjung blog