Posts

Showing posts with the label tuntung

Pusat Konsrvasi Hiduan Liar (tuntung) Kg Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Image
  Pusat Konservasi Hidupan Liar (tuntung) di Kg Dusun Hulu Terengganu di antara destinasi yang patut diketengahkan agar masyarakat lebih mengenali spesis terancam ini dan sama sama menjaga kelestarian habitat . Kata orang tak kenal maka tak cinta. Di sini bukan sahaja anda dapat mengenali habitat tuntung malah beberapa lagi spesis kura- kura yang agak sukar dilihat kini di sini malah saiz juga besar dan mengagumkan. Peranan tempat ini amat penting bagi memastikan spesis ini terus membiak dan habitatnya terpelihara malah kehidupan di habitat asal juga terjaga dan selamat. Jika ada peluang, bawalah anak anak dekati hidupan alam ini dan mereka bakal menjadi generasi yang menjaga hidupan ini di masa sekarang dan masa depan. #pusatkonservasi #tuntung #kurakura #huluterengganu #kgdusun

spesis tuntung di dunia.. 3 ada di Malaysia dan 2 spesis ada di setiu Wetlands

Image
Di antara spesis tuntung yang terdapat di dunia 3 daripadanya terdapat di Malaysia iaitu; - batagur baska, batagur borneonsis dan batagur affinis. Manakala 2 spesis di atas terdapat di Setiu Wetland iaitu Batagur Baska atau tuntung sungai dan batagur borneonsisi iaitu tuntung laut atau painted terrapin yang menjadi antara spesis paling terancam di dunia. Tanggungjawab kita bersama dalam menjaga ekosistem bagi memastikan kelangsungan hidup spesis unik ini. Mulakan denga membu ang sampah dengan betul. Jangan buang ikut sedap hati melalui tingkap kereta. # setiupost # setiuwetlands

Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu... keunikan Setiu Wetland

Image
Laguna agro resort terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu Bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan di sinilah tempatnya Keunikan Setiu Wetland terserlah disini dan anda dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah, lokan dan kerang sendiri Juga bagi kaki pancing, siakap putih, siakap merah dan kerapu menanti anda Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah marin dan ekosist em alam Berlindung disini adalah pelbagai hidupan yang kian terancam seperti tuntung laut (batagur borneonsis), tuntung sungai (batagur affinis) dan penyu agar (chelonia mydas) Setiu wetland merupakan salah satu tempat di dunia yang mempunyai populasi yang tinggi bagi tuntung laut #setiupost #setiuwetland #lagunaagroresort #visitbeautifulterengganu2 018

Keunikan Setiu Wetland menjadi tarikan peserta seminar TEMCO 2016

Image
Para peserta berpeluang melepaskan sendiri tuntung ke habitat asal di Sungai Setiu Seminar TEMCO @Terengganu International eco & marine tourism conference 2016 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan Ping Anchorage MICE. Ia adalah penganjuran kali ke tujuh yang memberi fokus mengekalkan kelestarian khazanah alam dan pentas perbincangan dan percambahan minda bagi melahirkan idea dan penyelesaian kepada perubahan positif dalam sektor eko pelancongan dan pelancongan marin. Ia disertai oleh pelbagai latar belakang daripada pengusaha-pengusaha, wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil akademik, NGO pelancongan dan orang awam. Seminar ini juga mensasar negeri Terengganu sebagai destinasi eko pelancongan dan marin yang utama. Ia juga bagi menggalakkan penglibatan komuniti bagi menjayakan produk ekopelancongan dan pelancongan yang terbaik. Ia juga bagi memperkenalkan lagi produk eko pelancongan batu d...

RM529 per villa, promosi istimewa di Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu

Image
Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu enawarkan promosi istimewa 2016 iaitu RM529.00 semalam bagi penginapan villa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Resort yang berkonsepkan rumah klasik Terengganu yang terletak di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu ini menawarkan kelainan dan suasana  yang berbeza dengan resort berkonsepkan pemuliharaan dan pembangunan semula rumah lama abad ke 17 Terengganu. Dengan berlatarbelakangkan Setiu Wetland dan berhadapan Laut ChinaSelatan ia memberi dua nilai estetika yang berbeza dan unik kepada penginapnya. Di antara tarikan di resort ini adalah hidupan wetlands seperti tuntung, lokan serta pokok-pokok bakau dan nipah disekelilingnya. Apa yang paling menarik anda boleh menikmati keindahan kerlpan kelip-kelip dengan memerhatikannya di sekitar resort yang hidup dengan semulajadi tanpa diusik. Kawasan ini juga menjadi destinasi penting pendaratan penyu terutama penyu hijau (green turtle) dan juga tuntung dengan keindahan pantainya yang cantik dan ...

Banyak yang menarik di BEAUTIFUL TERENGGANU 2016 Plaza Angsana

Image
Beautiful Terengganu yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac 2016 di Plaza Angsana telah berjaya menonjolkan keunikan Terengganu dari pelbagai aspek sama tarikan pelancongan, keunikan makanan, budaya, warisan, permainan tradisi malah penonjolan identiti Terengganu sendiri yang unik. Ramai juga rakyat Terengganu yang menetap di Johor terkejut dengan keberanian Kerajaan Negeri Terengganu membawa rombongan sebesar ini ke Johor, malah anggapan awal mereka hanyalah karniva biasa berskala kecil sahaja. Sambutan yang di terima sejak hari pertama juga amat luar biasa dengan kunjungan ramai sekali pengunjung Setiu wetlands adalah antara galeri tarikan pelancongan yang mendapat sambutan yang hangat dengan menampilkan keunikan pokok bakau, nipah dan hidupan wetland seperti kerang, lokan , ketam nipah dan tuntung. Demonstrasi menggoreng keropok dengan pasir juga mendapat sambutan dan memukau pengunjung terhadap warisan tradisi ini. l

Festival candat sotong, peserta tertarik dengan budaya dan keindahan Setiu.

Image
Peserta tertarik melihat penduduk membuat bakul anyaman. KEBANYAKAN peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai Festival Mencadat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 tertarik dengan pelbagai keindahan dan budaya di dua tempat yang mereka kunjungi pagi ini di Setiu, iaitu di Kampung Pengkalan Gelap dan Kampung Gong Batu, Kuala Setiu, hari ini. Peserta yang tiba dengan tujuh buah bas dari Kuala Terengganu di kampung itu iaitu kira-kira jam 9.30 di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu yang kebanyakan terdiri daripada peserta dari China dan beberapa negara lain manakala kumpulan dua adalah terdiri daripada peserta tempatan. Kumpulan pertama menaiki beberapa buah buah bot mengelilingi pulau semut sejauh kira-kira 1.5 kilometer di muara Kuala Setiu untuk melihat keindahan flora dan fauna dengan merakamkan gambar-gambar yang menarik sebelum ke kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar yang terletak kira-kira 500 meter daripada pengkalan. Peserta dari China mengambi...

Setiu Wetlands : Nature's Jewel

Image
Wetland Setiu Tanah Lembap Setiu umpama permata alam yang sungguh bernilai. Ia dikurniakan kepelbagaian dan keunikan flora dan fauna serta kaya dengan sumber semulajadi di samping mempunyai fungsi ekologi yang penting. Usaha pemuliharaan sedang dijalankan oleh WWF-Malaysia bersama komuniti tempatan dan pihak berkepentingan lain agar manfaat dari permata alam ini dapat dikekalkan. Video ini dihasilkan oleh WWF-Malaysia dengan sokongan kewangan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Nestlé (M) Berhad. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penghasilan video ini. Setiu Wetlands resembles nature's jewel that is exceptionally valuable. It is endowed with diverse and unique flora and fauna as well as rich natural resources and performs vital ecological functions. Conservation efforts are carried out by WWF-Malaysia jointly with local communities and other stakeholders to ensure the benefits derived from this nature's je...

Cerita Terengganu: SIAPA KATA DI SINI TAK ADA APA-APA?

Image
Kami di TTGA sering mendengar keluhan TG2 di sini yang mengeluh kerana tidak ada 'assignment', tidak ada 'job' dan sebagainya.  Dan kita juga pernah dengar ada TG dari sini yang tak dapat 'deliver' info dengan jelas dan menarik.  Sudah acap kali kita dengar dan telah banyak kali juga kita cuba bimbing TG berkenaan - itu pun hanya segelintir sahaja yang mahu 'mengemaskini info' dan selebihnya menunggu, merungut dan komplen berbakul2 dibelakang.  Ada juga apabila diberi 'assignment' banyak sangat soalan yang tidak dapat kami jawab kerana kami pun sama-sama cari makan dan kadang2 terpaksa terima apa2 'assignment' tanpa memilih, tanpa 'demand' dan yang penting kita kena 'establishkan' diri dulu sebelum nak minta itu dan ini.  Jika kita fikir semula, mengapa kita sanggup mengikuti kursus sebagai TG?  Dan mengapa bila dah ada 'badge' kita banyak kerenah pula?  Bergaullah dengan 'senior TG' dari negeri lai...

Keunikan Setiu Wetland

Image
Keunikan Setiu Wetland Satu satunya tanah lembab atau paya becah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu, laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Menjadi tempat pembiakan terbesar tuntung di Malaysia dari spesis 'Painted Terrapin'. Ia juga menjadi tempat pendaratan penyu hijau iaitu 'Chelonia Mydas di kawasan Setiu Wetland ini. Malah kawasan ini juga membekalkan benih-benih kerapu dan tiram yang menjadi sumber rezeki nelayan di kawasan Wetland Setiu ini. Sememangnya ia unik dan perlukan pemuliharaan yang intensif bagi mengekalkan keunikan dan sumber ekosistem untuk suatu jangka masa yang panjang. Kini satu lagi tarikan baru pelancongan di kawasan ini adalah memerhati burung (bird wathing) yang sememangnya memiliki jumlah burung yang banyak dan unik dan belum diteroka sepenuhnya. Dan dikatakan terdapat burung dari Siberia dan Mongolia yang singgah di sini dan kawasan...

WWF lepas 80 ekor anak tuntung di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu

Image
Oleh; Esah Abdullah Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) telah melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk, Setiu, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu. Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Puan Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam. Telur tuntung "Bermula 2009, WWF telah memulakan aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melakukan pemantauan di pantai, melindungi telur tuntung, mengumpul data dan menjalankan kajian mengenai tuntung yang terperangkap dalam peralatan menangkap ikan.  "WWF juga meningkatkan pelbagai program kesedaran kepada orang ramai, khususnya penduduk Kampung Mangkuk untuk menjaga habitat terbesar tuntung negara," katanya kepada pemberita se...

Pengunjung blog