Posts

Showing posts with the label ulama

Amalan Tok Janggut dari Surah AtTaubah ayat 51

Image
  Amalan dari Surah At Taubah ayat 51 boleh buat ayat pendinding agar dijauhakn Allah swt sebarang niat jahat musuh serta orang yang berniat tidak.baik kepada kita. Ia juga antara amalan Tok Janggut pejuang kemerdekaan dan pembela agama. Ilmu yang sedikit jika di amal insyallah oa.memberi kesan. wallahu aalam

Tuan Guru Abd Rahman Pombeng... Ulama Patani yang berbakti di bumi Terengganu satu ketika dahulu.

Image
  Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Pombeng. Beliau merupakan menantu kepada Pak Da Eil Mekah. Sedikit manaqib beliau : Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng ( 1930 - 2008 ) Tuan Guru dilahirkan di sebuah kampung bernama Pombeng dalam daerah Penarik, Patani. Selepas belajar di sekolah dasar bahasa Thai sehingga darjah 4, beliau pindah belajar di Pondok Kuala Beruas pada tahun 1941 seterusnya ke Pondok Mak Enggol pada 1947 dan akhirnya ke Mekah. Diantara guru beliau ialah : 1. Tok Beruas / Tuan Guru Haji Abdul Rahman Saghir - Pondok Kuala Beruas 2. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol - Pondok Mak Enggol 3. Syeikh Abdul Malik Malla 4. Syeikh Said Jundal 5. Syeikh Mahmud Sawaf Iraq 6. Syeikh Abu al Wafa Mesir 7. Syeikh Badran 8. Syeikh Mutawalli 9. Syeikh Ali al Siba'i 10. Syeikh Alawi Abbas al-Maliki 11. Syeikh Hassan Masyath 12. Syeikh Amin Kutbi 13. Pak Da Eil Mekah 14. Tok Ahyad 15. Syeikh Daud Sulaiman al-Kalantani 16. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Beliau pulang ke Patani pada tahun 19...

Menjejaki Al Marzaq, Ulama’ Yang Dipancung Kepala di Pulau Tarakan, Kalimantan, Indonesia.. banyak pengajaran cerita

Image
Ceritanya bermula, ketika saya di Makassar kira-kira bulan November lepas, saya berdamping dengan seorang teman yang datang dari Sabah. Saya datang ke Makassar dari Jakarta sementara beliau datang dari Tawau menaiki feri. Beliau mengambil penerbangan ke Makassar dari Pulau Tarakan. Kami berbual panjang di Kota Bugis dan dari minat yang sama, membawa kami bersama-sama menziarahi Makam Sayyid Husein Jamadil Kubro di Wajo, Makam Syaikh Yusof Makassar dan juga Makam Sultan Hasanuddin Gowa. Beliau menceritakan kepada saya, di Tarakan beliau sempat menziarahi Makam Al Arif Billah Habib Hamzah Al Marzaq. Akhir pertemuan kami, beliau menghadiahkan kepada saya makalah tulisan sejarah ringkas Al Habib. Saya membaca sepintas lalu dan terus terpanggil untuk menziarahi

Jejak Ulama Terengganu: Tokku Pulau Manis

Image
Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri. Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun. Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada ...

Pengunjung blog