Posts

Showing posts with the label ulul albab

Tahniah.. No 1 di dunia untuk Wan Nor Mafudah Binti Wan Yusoff dalam ACCA.. Financial Reporting Paper

Image
Tahniah! No.1 di dunia.  1st placing in the world (scored 95% for ACCA Financial Reporting Paper). Wan Nor Mafudah bt Wan Yusoff, from my kampung, Jerteh, Terengganu. Itulah ucapan oleh Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia kepada Wan Nor  Mafudah Binti Wan Yusoff dari Besut. Terengganu di atas kejayaan tertinggi dalam ACCA Financial Reporting Paper. Satu kejayaan hebat anak Besut dan Terengganu dalam akademik di peringkat dunia yang bukan sahaja mengharumkan nama Terengganu malah Malaysia. Sememangnya kita hebat dan jangan merasa rendah diri. Tahniah dari admin dan juga anak saudara kepada kawan admin Ustaz Wan Ismail Bin Wan Abdullah, pensyarah UNISZA. #setiupost sumber: FB Idris Jusoh

Jadual kehidupan bagi melahirkan insan Ulul ALbab di Sm Imtiaz, Besut, Terengganu..

Image
Inilah jadual waktu kehidupan seorang pelajar bagi melahirkan huffaz dan insan hebat yang seimbang antara akademik dan hafazan Al quran di SM IMTIAZ Besut Terengganu dengan motonya ' School Of Excellence'. Kehidupan pelajar bermula seawal jam 5.00 pagi dan semua pelajar digalakkan bertahajjud sebelum waktu Subuh. Dan selepas solat subuh bermulalah rutin menghafal Al Quran. Kelas akademik bermula jam 9.40 dan berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari bagi waktu Qailullah atau Napping yang menjadi rahsia kekuatan minda manusia. Waktu akademik disambung lagi bermula jam 2.15 petang sehingga jam 4.30 petang. Pada malamnya sebelum tidur pelajar digalakkan melakukan solat witir bagi mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta sunnah Rasulullah saw. Apa yang istimewa di sekolah ini, ibu bapa amat digalakkan mengunjungi pelajar dengan syarat tidak mengganggu jadual pembelajaran anak-anak. Nak melawat setiap hari pun tak apa. Dan pihak sekolah mahukan hubungan ibubapa da...

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH KUNCI KEJAYAAN TERBAIK SPM 2016 - Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi

Image
http://m.utusan.com.my/…/…/spm-terengganu-meningkat -1.457803   Pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman itu mengakui tiada petua khas dalam belajar dan mengulang kaji mengikut apa yang diajar guru nya tetapi tetap membaca sentiasa Al Quran pada waktu pagi setiap hari sebelum menelaah pelajaran. Mata pelajaran yang beliau mendapat A+ adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah dan Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Husna mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapanya, guru-guru, sekolah Imtiaz, kawan-kawan yang sentiasa membantu, Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang banyak mengadakan kem-kem akademik sebelum ini. ‘Saya juga seperti pelajar lain mengulang kaji pelajaran seperti biasa tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah bagi mendapat keberkatan dalam hidup termasuk dalam pelajaran’. ‘Jaga...

SM IMTIAZ TERENGGANU- School Of Excellence

Image
p erjumpaan PIBG SM Imtiaz baru-baru ini, ada dikalangan ibubapa yang bertanya, SM Imtiaz ni sekolah agama ke sekolah sains? Nakal juga bunyi soalannya. SM Imtiaz adalah unik dengan mottonya ' School of excellence' atau sekolah cemerlang. Hasratnya adalah melahirkan insan ulul albab yang cemerlang dunia dan akhirat. Dengan kata lain melahirkan pelajar yang Quranik Ijtihadik dan ensiklopedik. Dengan bahasa mudah, melahirkan pelajar yang berakhlak mulia yang menghafaz 30 juzuk Al Quran, juga insan cemerlang dalam akademik samada bidang agama ataupun sains, kejuruteraan , perubatan dan sebagainya.Jika minat pelajar untuk menjadi doktor perubatan, ia doktor yang hafiz, begitu juga jurutera yang hafiz. Ini bagi mengembalikan kehebatan ilmuan Islam dizaman kegemilangan terdahulu yang melahirkan Ibnu Sina, AL Khawarizmi, Ibnu Jarir, Ar Razen, Sultan Muhammad AL Fateh serta ramai lagi cendekiawan Islam yang hebat ilmu agamanya dan hebat ilmu masing-masing samada perubatan, ...

Pengunjung blog