SM IMTIAZ TERENGGANU- School Of Excellence



perjumpaan PIBG SM Imtiaz baru-baru ini, ada dikalangan ibubapa yang bertanya, SM Imtiaz ni sekolah agama ke sekolah sains?

Nakal juga bunyi soalannya. SM Imtiaz adalah unik dengan mottonya ' School of excellence' atau sekolah cemerlang. Hasratnya adalah melahirkan insan ulul albab yang cemerlang dunia dan akhirat. Dengan kata lain melahirkan pelajar yang Quranik Ijtihadik dan ensiklopedik. Dengan bahasa mudah, melahirkan pelajar yang berakhlak mulia yang menghafaz 30 juzuk Al Quran, juga insan cemerlang dalam akademik samada bidang agama ataupun sains, kejuruteraan , perubatan dan sebagainya.Jika minat pelajar untuk menjadi doktor perubatan, ia doktor yang hafiz, begitu juga jurutera yang hafiz.



Ini bagi mengembalikan kehebatan ilmuan Islam dizaman kegemilangan terdahulu yang melahirkan Ibnu Sina, AL Khawarizmi, Ibnu Jarir, Ar Razen, Sultan Muhammad AL Fateh serta ramai lagi cendekiawan Islam yang hebat ilmu agamanya dan hebat ilmu masing-masing samada perubatan, matematik, sains, strategi, ekonomi dan pelbagai cabang ilmu yang lain. Ia adalah kehebatan yang seimbang dunia dan akhirat.

Malah di SM Imtiaz ini telah diusahakan jalan 'fast track' untuk ke universiti melalui kerjasama dengan UNITEN dalam bidang Kejuruteraan Tahfiz di mana kemasukan pelajar adalah berasaskan keputusan percubaan SPM. Tidak perlu menunggu keputusan sebenar SPM. Begitu juga dengan kerjasama UPM dalam bidang yang dipersetujui.


Pihak sekolah melalui Yayasan Terengganu juga akan menghantar pelajar-pelajar terbaik ke universiti-universiti terkemuka dunia samada di Harvard, Cambridge, London College atau dimana-mana universiti yang terbaik. Ramai di antara pelajar SM Imtiaz telah dihantar ke Jordan dalam bidang perubatan pada tahun 2013 yang diharapkan akan melahirkan pakar-pakar perubatan yang hafiz al Quran dan berakhlak mulia.

Di sekolah juga, mereka amat digalakkan untuk aktif dalam ko kurikulum malah disediakan kemudahan sukan memanah dan berkuda sebagai sukan Sunnah Rasulullah saw selain bidang sukan yang lain. Begitu dengan aktiviti ko kurukulum yang lain termasuk berpersatuan juga aktiviti bersama komuniti.

Untuk melahirkan insan yang hebat bukan satu cabaran yang mudah. Banyak sekali dugaan dan rintangan. Bagitu juga pengharapan daripada ibubapa dan masyarakat yang mengharapkan pelajar ini adalah yang terbaik dan berkualiti melebihi daripada sekolah-sekolah lain.


Apa yang pasti, pihak sekolah juga sedang berusaha untuk memastikan setiap pelajar yang tamat bersekolahan nanti akan mendapat Sijil Tahfiz yang diiktiraf oleh JAKIM.

Semua pelajar SM Imtiaz juga akan menduduki peperiksaan UKM 1 dan 2 yang dikelolakan oleh PERMATA dan juga peperiksaan International Competition And Assessement For School (ICAS) oleh University Of New South Wales , Australia bagi kemahiran IT bagi menentukan tahap keupayaan pelajar di tahap global dan antarabangsa.

Tidak hairanlah setiap kali pengambilan dibuat, ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada ibubapa dan pelajar. Begitu tinggi sekali pengharapan masyarakat terhadap sekolah ini. Semoga ia menjadi penanda aras atau benchmarking bagi sekolah-sekolah terbaik di negeri Terengganu dan negara.

Bagi maklumat lanjut tentang sekolah dan kurikulum sekolah anda boleh layari laman web www.myimtiaz.com.my/‎ 

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog