Posts

Showing posts with the label umrah

Arab Saudi benar wanita 25 tahun ke atas masuk tanpa mahram

Image
JEDDAH: Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH). Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari. “Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”. Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini. “Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan. “Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini...

KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN TAHUN 2017 pada 13 Mei 2017 di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
ASSALAMUALAIKUM, SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA Untuk makluman semua terutamanya yang berada di Besut, Terengganu, MOTAC Terengganu dan Ibupejabat dengan kerj asama PDRM dan KPDNKK akan menganjurkan satu program sepertimana ketetapan berikut:- Program : KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN TAHUN 2017 Tempat : DEWAN GONG KEMUNTONG, JERTEH, BESUT, TERENGGANU Tarikh & Masa : 13 MEI 2017 (SABTU) / 8.00pg - 2.00 ptg OBJEKTIF : Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat umum berhubung risiko PENIPUAN pakej umrah yang didapati semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Pengisian kempen ini sangat menarik dengan kehadiran panel penceramah yang terdiri daripada TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA (TTPM),  PDRM (BHGN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL BUKIT AMAN) DAN  IBUPEJABAT BHGN PELESENAN PELANCONGAN MOTAC PUTRAJAYA Para peserta boleh mengambil peluang di sini untuk mengemukakan apa2 persoalan atau kemusykilan kepada semua panel y...

Tips dan panduan memilih pakej umrah oleh Kementerian Pelancongan Malaysia @ MOTAC

Image
Tip memilih agensi atau pakej umrah daripada Kementerian Pelancongan Malaysia #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017 #tips

Kerajaan negeri Terengganu beri pakej umrah untuk guru

Image
 Kerajaan negeri akan memberikan insentif berupaya pakej menunaikan umrah kepada 50 guru terpilih mulai tahun ini sebagai Anugerah Jasamu Dikenang. Menteri besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rombongan yang dijangka berlepas ke Tanah Suci Makkah pada Jun ini akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib. Menurutnya, insentif itu bagi mengenang jasa guru yang banyak menabur bakti demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini. "Penerima akan dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mana syarat utama adalah guru yang banyak berjasa sama ada yang sedang berkhidmat, telah bersara atau mempunyai kaitan dengan pendidikan di negeri ini selain telah melakar pelbagai kejayaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu kali ke-43 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam. Turut ...

Pengunjung blog