Posts

Showing posts with the label usahawan

Bagaimana menjadi usahawan Shopee yang berjaya..

Image
  Jika anda mahu menceburi perniagaan zaman sekarang, anda perlu melihat peluang pasaraya mana atau platform mana yang perlu anda kuasai atau punyai untuk meletakkan barangan anda. Pasaraya yang paling ramai dikunjungi adalah yang terbaik kerana peluang menjual di sini adalah lebih besar. Mengikut iPrice Map of E commerce Q4 2020, pasaraya online yang palung ramai dikunjungi adalah Shopee dengan kunjungan melebihi 47.3 juta orang setiap bulan. Ia diikuti oleh Lazada dengan kunjungan atau aliran trafik seramai 14.7 juta orang setiap bulan. Manakala PG Mall dan Zalora masing-masing menerima kunjungan seramai 7.08 dan 1.12 juta kunjungan setiap bulan. Di Shopee walaupun persaingan untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi, tetapi peluang untuk mendapatkan jualan dan pelanggan juga tinggi dengan sistem dan sokongan jualan seperti promosi Mega Sales, malah anda juga diberi panduan dan bimbingan serta latihan bagaimana untuk meningkatkan sales anda, malah cara untuk men'deko'kan keda...

Mengenali KUTERER... maknenya sakning....

Image
Mengenali KUTERER atau Kuala Terengganu Residen iaitu satu Group atau Kumpulan Sosial yang mempunyai lebih 96K ahli di mana pelbagai aktiviti sosial , kebajikan serta iklan mudah kepada usahawan-usahawan kecil serta usahawan muda digemblengkan di sini. Mari kenali apa itu KUTERER... Soalang soalang sokmo hok ditanye mengenai KUTERER (Frequently Asked Questions KUTERER) 1. Mende makne KUTERER ning? KUTERER adalah singkatang name bagi gruk FB  KUala TEREngganu Residen (urop besor tu gabung jadi KUTERER).. 2. Bakpe dok wak name gruk Kuale Tranung Resideng jer.. Bhaser tranung tu kang..? Wat rohok orang nok cari gruk ning nati.. Ada orang eje Kuala tu jadi Kuale.. Terengganu eje jadi Tranung, Ganu, Teranu, Teganu.. Kang ke rohok tu.. Sebak tu wat ejeang stendek.. Senang orang nok cari kat FB.. 3. Adakoh kuterer ning NGO, Pertubuhang, Kelab, Persatuang atau Badang Politik? KUTERER ning bukang mende mende.. KUTERER dok pernoh berdaftar.. Dang KUTERER tetak akang gining...

Bersedia menjadi USAHAWAN YANG HEBAT?.. jom join KNEO...

Image
Wanting to start a business but don’t know where to start? Worry not as you can make your entrepreneurial dreams come true. Sign up and apply for the KNEO program for a chance to gain access to training materials as well as funding opportunities in building your business. For more information, kindly visit  https:// www.khazanahneo.com.my/ #setiupost

Kios Adeq Sue Buka Peluang Kepada Usahawan Muda

Image
Syarikat milik penuh bumiputera, Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. (Adeq Sue) yang terlibat dalam industri berasaskan makanan bakal membuka peluang kepada usahawan-usahawan muda untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan kios Adeq Sue dijadualkan beroperasi Jun ini. Pengarahnya, Hairuddin Omar berkata, untuk memulakan perniagaan kios ini para usahawan muda hanya perlu menyediakan modal anggaran dalam RM8 ribu hingga RM10 ribu. “Mereka hanya perlu menyediakan modal dan semua keperluan serta kelengkapan diuruskan pihak syarikat dimana kios yang berkonsepkan seperti gerai burger dengan menggunakan jenama Adeq Sue akan menjual nasi bersama masakan ikan bakar dan lain-lain. “Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang akan memudahkan usahawan muda ini untuk mendapat bantuan modal,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jejak Usahawan anjuran Yayasan Pemb...

BEST MOBILE Peluang bisnes yang hebat dan lebih baik, memang BEST

Image
BEST MOBILE Peluang bisnes yang hebat dan lebih baik, memang BEST PELUANG BISNES BERSAMA BEST MOBILE BISNES Mengapa  BEST MOBILE? 5 ALASAN Lebih JIMAT Lebih IMBUHAN Lbih BAIK Lebih di HARGAI Lebih BEST Apa yang BEST?? Startet pack lebih murah Caj IDD yang lebih murah Komisyen yang tinggi Ada insentif pendapatan Bonanza RM1 Juta Perlindungan TAKAFUL TABUNG RUMAH TABUNG KERETA TABUNG UMRAH Insentif tunai RM25,000, RM15,000 Insentif Percutian Peluang untuk memenangi Hadiah TOYOTA CAMRY, TOYOTA VIOS dan HONDA CITY secara PERCUMA Memang bukan sekadar bisnes TELEKOMUNIKASI , malah ia lebih dari itu UNTUK SERTAI BISNES WHATSAPP ke 0199044003 atau email ke bmglobalbiz@yahoo.com atau PM di  FB Bestmobileglobal biz

AISKRIM BABA di Rantau Panjang yang enak... bisnes yang lumayan

Image
Pada cuti Hari Malaysia 16 September baru-baru ini, semasa ke kenduri di Pasir Mas, admin dan keluarga ambil kesempatan ke Rantau Panjang , iaitu ke Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang. Memang ramai sekali pengunjung terutama mereka dari luar Kelantan dan juga warga Kelantan yang pulang ke kampung. Dalam menjelajah 'window shopping' terpandang motosikal penjaja yang menjual aiskrim. Nampak menarik. Aiskrim BABA itulah namanya. Aiskrim biasa atau masa kecil dulu dipanggil aiskrim colek yang diberi nafas baru dengan gabungan pulut, roti, jagung, kacang, cincau dan susu yang sedap dan menyelerakan. Harganya RM2 secawan. Inilah yang dinamakan 'inovasi' kepada produk sedia ada dan diberi nafas baru dengan jenama baru. Menarik. Sekali pandang sudah ingin mencuba. Dan satu lagi perkara yang mencuri tumpuan adalah kegigihan anak muda mencari rezeki tanpa rasa malu dan segan. Pada pandangan admin , pendapatan sehari usahawan muda ini boleh mencecah RM300 hingga RM4...

Ternakan Ikan Keli Menjana Pendapatan

Image
PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya. Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri. Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC ( palm kernel cake ) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak. Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan. Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang dig...

Ayam Kampung Organik menjana pendapatan lumayan

Image
WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung. "Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya. Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang. Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari. Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya ber...

Pengunjung blog