Posts

Showing posts with the label viral

Harimau disangkanya kucing.. nenek yang mengejutkan

Image
  hebat nenek ni.. Harimau dia boleh wat gurau... Nenek Tersalah Anggap Harimau Gunung Sebagai Kucing Jalanan Semuanya bermula apabila seorang lelaki perasan neneknya tidak henti-henti bercerita tentang “kucing jalanan” yang sering datang ke rumah. Dengan penuh bangga, nenek itu bercerita tentang betapa besar dan kuatnya si “kucing” itu — katanya, jauh lebih sihat daripada mana-mana kucing liar yang pernah diberinya makan. Anaknya mula berasa pelik. Dia bertanya tentang baka kucing itu — adakah ia campuran, mungkin separuh Maine Coon? Namun semakin lama neneknya menggambarkan rupa “kucing” itu, semakin jelas sesuatu tidak kena. Kucing apakah yang sebesar itu? Rasa curiga itu menghantui fikirannya sepanjang malam. Keesokan harinya, dia memutuskan untuk menyemak rakaman kamera keselamatan di rumah neneknya. Dan di situlah kebenaran akhirnya terungkap. Si “kucing jalanan” itu bukan kucing langsung — tetapi seekor harimau gunung dewasa yang dengan tenang sedang makan dari mangkuk makan...

Gambar dua pencuri yang dirakam CCTV Masjid Lama Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Dua gambar di atas sempat dirakam CCTV Masjid Lama Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Admin klasifikasikan orang-orang ini kategori kebal dan tahan api neraka. Agak-agak kalau letak jari kat lighter tu, berapa lama boleh tahan?.... sumber: ajk masjid #setiupost

Resepi masakan kepah kerang pedas siksik ala Thai dah viral... orang Setiu ni..

Image
Resepi masakan ala Thai ini sudah mula viral dan mendapat perhatian . sentuhan anak muda saudara Khairul atau Encik Mat Jambu Golok kini mendapat perhatian. Bagi mendapatkan resepi di atas bolehlah ke link di bawah: http://www.rasa.my/pemuda-ni-kongsi-resipi-mudah-yang-pasti-buat-anda-kecur-liur-orang-bujang-pun-handal-masak-tau/ Sumber FB  Encik Mat Jambu Golok

Cendol Warisan Kiter di selekoh Primula Hotel, Batu Buruk... dah jadi viral...macam kena gi je cuba..

Image
Nok try atau mengidam cendol durian & cendol pulut kacang + jagung jemput la singgoh deh awok2.. Pekene Cendol sambil santai2 di pantai tengok laut .. Cendol asli dari pewarna daun pandan dan proses sendiri dok gune mesin.. In shaa allah sedap kalu dok sedap kabo ke kami deh akan perbaiki lagi citerase penggemar Cendol. Gerai beroperasi di selekoh Hotel Primula di Batu Buruk bermula jam 11.00 pagi Hilang dahaga hilang rase lapor.. Cendol Warisan Kiter. Sumber:  Terengganu Times #setiupost

ABC Coklat yang menggiurkan di CENKELAK Cafe di Keropok Lekor POZI.. hadapan Kem PGA Gong Badak, Kuala Terengganu

Image
Ini bukan iklan, ini nok kabo. Saya pozi hassan, pengasas pozicatering dan lening wat keropok lekor plop. . Gini nok kabo, hak nak makan ringan ringan, dan tak  boh makang nasi. . Buleh mari kat cafe CENKELAK di  Keropok Lekor Pozi  , depan kem PGA, kubang badak. Dekat umt dan tok jembal. Taip keropok lekor pozi di google map, InsyaAllah sapa. . Kita ada keropok lekor rebus, kiter geter situ, makan fresh dan panas2, pastu ada macam macam jenis kepok. Sedap ke dok? Kena mari rasa lah. Lepas tu nilai 😁 . Pasangan pada kepok, kita ada laksa, meesup, ABC dan cendol. Itu je kat cafe kita. Nasi? Maaf takdok. Sbb ringan ringan sungguh tapi kenyang yg amat. . Hak special lagi keppok letak cheesy. Air lada sedap jugak. Cicah belaka dua dua. Mmg nyakuk.mari laa try kalli. . Ni ada gambar2, menu2. Menda dok blah mana, sebab buleh tengok je, dokleh rase. Hahaha. Mari deh cafe, masa kul 11 sapa kul 7 petang. Setiap hari buka kecuali jumaat cuti. . Saya, peng...

Viral punya pasal, 1 tan udang celup tepung terjual sehari!

Image
Bayangkan betapa murahnya jika anda dapat satu pinggan dipenuhi 45 ekor udang celup tepung dengan harga RM10 sahaja. Bukan sahaja murah, udang yang dijual juga dikatakan segar dan terjual hampir satu tan sehari lebih-lebih jika ada cuti umum. Pemilik kedai makan Trizai, Zainab Mohamed, 26 tahun, berkata bahawa kedai makan yang diusahakan selama lima tahun bersama suaminya, Mohd Fitri Md Yusof, 31 tahun, tular di laman sosial baru-baru ini akibat penangan udang 45 ekor berharga RM10 yang dijual olehnya. “Ia mula ditularkan oleh pelanggan selepas saya memasang papan iklan mengenai harga murah udang celup tepung dan ikan selayang celup tepung,” kata pemilik kedai yang terletak di Penarik, dekat Permaisuri, Terengganu itu. “Sebelum ini, udang celup tepung bersaiz kecil dijual dengan harga RM10 untuk 30 ekor tetapi kini saya menambahnya kepada 45 ekor pada harga sama,” jelasnya. “Ikan selayang celup tepung pula dijual dengan harga RM1.90 seekor berbanding sebelum ini dijual p...

Arnab Panggang kian popular dan perlu ditempah awal selepas 'VIRAL'di media dan TV di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu

Image
Inilah arnab panggang yang viral semalaysia di bazar ramadhan kg guntung setiu terengganu sehingga kehabisan stok jualan Memang sedap daging arnab berjus dan tidak berlemak seakan ayam kampung. Rasa berjus dan tidak berlemak. Patutlah ia menjadi kegilaan baru orang Terengganu.   Kalau ikut kata penjualnya, Mohd Ebbie Shafiran,  agak sukar untuk mendapatkan bekalan  arnab, kerana kebanyakan arnab dipelihara untuk haiwan peliharaan dan bukan untuk daging. Jadi bilangan arnab adalah terhad.  Selepas ini mungkin akan ada perternak arnab baru yang lebih fokus kepada pengeluaran arnab untuk makanan dan daging. Kehangatan arnab panggang ini juga telah mendapat liputan media yang meluas termasuk disiarkan di Berita TV9 sebagaimana video berikut: #setiupost   #terengganumyheritage   #visitbeautifulterengganu2 017

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...

Image
Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu. Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif. Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad. Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang. Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admi...

I miss U, I Luv U, Me Luv U.. itulah antara minuman yang unik dan kian popular di Gong Badak, Kuala Terengganu

Image
I Luv U I Miss U Me Luv U Itulah antara nama air di kedai ini yang kian popular. Jangan salah sebut kan boleh cari gaduh dengan pasangan nanti. Kedai yang terletak di tepi jalan menghala ke Pasaraya Hock Kee Seng , Gong Badak, Kuala Terengganu. Ia dijual dengaan harga RM4 segelas. Di antara dialog dalam loghat Terengganu  rakan FB tentang  air minuman yang unik ini. Kerana Segelas Air .. Aku Kene Tido Luor !!!! Name air Tu I love U .. Pahtu Ambe Order r 2 .. Tukang Jual ( Comey boh ) nok Confirm ..yer Tanye Balik... I Love U two ? Yer.. I love you Two.. I miss U smula smula r..  Tibe tibe .. Mek ambe masuk keda .. Galok teh.. Nok beli air ke nok ngorak tu !! Amboi ..Balaik aku Kate..Balaik !! Moral Of the Story... Kalu nok beli ... Tunjuk .. Jangan sebuk kalu ade Bini tepi...hahaha.. # deCoffestationGongBadok   FB Telo piung

Kenyataan Media Berkaitan Tangkapan Ikan Jerung di Perairan Pulau Kapas Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
*Kenyataan Media Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Berkaitan Penularan Gambar Penangkapan Ikan Jerung di perairan Terengganu di Media Sosial* Para pelancong yang berkunjung di negeri Terengganu tidak perlu bimbang berikutan penularan gambar jerung yang disebarkan di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang. Malahan, Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) juga menafikan dakwaan terdapat gangguan jerung di kawasan tersebut, susulan penyebaran gambar jerung spesis bull shark yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, semalam. Pengarah JTLN, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita itu tidak tepat kerana jerung terbabit ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu tujuh batu nautika dari perairan berkenaan. Setakat ini, tiada rekod mengenai gangguan jerung bukan saja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang di tu...

Pengunjung blog