Posts

Showing posts with the label wakaf tengah

Nasi Dagang Kak Tie (Che Wer) Kg Tanjung, Batu Rakit......jadi ngat..

Image
Suatu hari kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, rasa nak makan nasi dagang dan kebetulan lalu ikut Maras - Batu Rakit, singgah di Kedai Nasi Dagang Kak Tie (Che Wer) di Kg Tanjung, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Memang sentiasa ramai orang di kedai ini yang turut menjual pelbagai menu pagi seperti nasi lemak, pulut kuning dan yang palin istimewa adalah Nasi Dagang. Memang sedap nasi dagang sini dan admin sendiri 2 pinggan pagi ni. Bila makan rasa sedap dan puas itulah nikmat. Jika anda ingin mencubanya ia terletak di sebelah kiri jika anda dari pekan Wakaf Tengah dan sebelah kanan jika dari Batu Rakit. Inilah istimewa negeri Terengganu yang memang banyak lokasi Nasi Dagang yang istimewa dan sedapnya yang tersendiri. #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Pusat Refleksi Penawar, Wakaf Tengah benar-benar memberi penawar

Image
Dr sheikh Marican sedang melakukan urutan rawatan kepada pesakit Pusat Reflekselogi Penawar yang diusahakan Dr Sheikh Marican, isteri dan anak-anak di kg Wakaf Tengah benar-benar membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan dan macam-macam masalah lain. Sepanjang kunjungan blogger sebanyak tiga kali ke pusat ini, kebanyakan pesakit atau mereka yang telah mendapatkan perkhimatan di sini benar-benar berpuashati dengan apa yang mereka telah dapat. Hasil urutan di pusat saraf di tapak kaki sememangnya telah terkenal sebagai rawatan alternatif sejak berkurun lagi dan telah terbukti dapat memulihkan banyak penyakit malah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi dan lai=lain lagi telah banyak membantu emmulihkan mereka yang mengalami penyakit berkenaan. Pusat ini juga turut menawarkan rawatan secara Terapi Aura bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan ketidakseimbangan aura warna dan tenaga badan. Di antara perkhidmatan dan ikhtiar lain yang ditawarkan di p...

Pengunjung blog