400 Hektar Kawasan Setiu Wetland Diwartakan
Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri kelmarin dimana untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan. “Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu. “Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya. Beliau ber...