Destinasi menarik di Terengganu jadi pilihan pelancong
Oleh: Suriati Ali Pelancong luar Terengganu dan pengunjung tempatan tidak melepaskan peluang menghabiskan waktu cuti sekolah bersama keluarga dengan mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu. Antara destinasi yang menjadi tumpuan termasuk, Pantai Batu Buruk, Taman Shahbandar, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu; Taman Reakreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman dan beberapa pulau di negeri ini. Kuda padi menjadi pilihan pengunjung setiap singgah di Pantai Batu Burok Jalan Pantai Batu Burok sesak setiap kali tiba cuti sekolah Pihak berkaitan turut menganjurkan pelbagai program seperti Fiesta Waterfront di Taman Shahbandar, Karnival Juala Murah di Pantai Batu Buruk dan Pesta Buku di Pusat Dagangan Terengganu Jalan Hiliran, Kuala Terengganu semata-mata menarik minat pengunjung. Menjadi kebiasaan, sepanjang 53 hari cuti akhir tahun persekolahan, lokasi itu pasti dipenuhi pengunjung dan jalan raya pula ...