Posts

Banjir Luarbiasa di Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu

Image
1 Januari 2012 Ahmad Sanusi Banjir Luar Biasa Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu Setiu. Hujan lebat yang turun sejak petang semalam telah mengakibatkan berlakunya banjir yang luar biasa di Kg Guntung Luar dan kawasan kampung sekitarnya. Limpahan air Sungai Guntung mengakibatkan seluruh kawasan dan jalanraya telah dilimpahi sejak semalam hingga ke pagi ini. Para penduduk di sini tidak menyangka sama sekali hujan lebat kali ini telah mengakibatkan rumah mereka telah dinaiki air memandang sepanjang 10 tahun yang lalu tidak pernah berlaku limpahan air sebegini. 30cm hingga 50cm. Jalan bagi laluan ke Guntung Dalam - Kg Saujana ditutup kepada kenderaan ringan. Fenomena ini agak luar biasa dengan berlaku limpahan air yang yang mendadak memandang hujan baru turun semalaman. Walaubagaimanapun jalan utama Bandar Permaisuri- Jerteh masih boleh dilalui seperti biasa.

Unikversiti: Pantai Mangkuk, Setiu, Terengganu

Unikversiti: Pantai Mangkuk, Setiu, Terengganu berkongsi gambar yang cantik dari blogger unikversiti..

Unikversiti: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu

Unikversiti: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu

Image
Di antara sate yang terbaik di Terengganu adalah Sate Lanang di Jabi, Besut. Sememangnya kedai Sate Lanang ini amat popular bukan sahaja di kalangan warga tempatan malah orang Kelantan dan luar Terengganu. Setiap kali musim cuti sekolah jelas sekali begitu panjang barisan mereka yang membeli bungkus untuk dibawa pulang, malah belian juga dalam kuantiti yang besar dan banyak. Meja pula sentiasa penuh dan terpaksa menunggu untuk giliran kita. Itulah antara penangan Sate Lanang. Bagi blogger kalau nak dibandingkan dengan Sate Haji Samuri Kajang, jauh Sate Lanang lebih sedap dan enak. Kalau anda tak percaya dan yakin , datang sendiri nikmati sate ini. Dengan pilihan sate ayam, daging serta hati dan pedal serta dengan kuah sate yang istimewa membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan menjamu selera serta mengambil hati anak-anak yang sememangnya menggemari sate ini. Lokasinya jika anda dari Kuala Terengganu, adalah di Kg jabi di permulaan jalanraya dua lorong di sebelah kiri anda. S...

Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia

Image
perkongsian berita dari TEGANU KITA 19 December 2011 Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia Oleh FAUZI MOHD Kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon kaki pancing bertaraf dunia apabila usaha untuk mengekal serta menambah saiz populasi pelbagai spesies ikan giat dijalankan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, selain mengazetkan Santuari Kelah sepanjang tiga kilometer di Sungai Petang, usaha turut digiatkan dengan melepaskan benih dan ikan induk yang diancam kepupusan. Menurutnya, spesis ikan air tawar yang diancam kepupusan seperti lampam, kerai, tenggalan dan siakap putih antara yang sedang dibiakkan di tasik berkenaan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). “Isu penangkapan ikan secara tidak terkawal tidak lagi berbangkit apabila usaha pemeliharaannya melibatkan pewartaan beberapa kawasan yang luas seperti Sungai Leban dan Sungai Petang ...

13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu

Image
perkongsian berita dari TEGANU KITA 25 December 2011 13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Oleh FAUZI MOHD Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, hamper 13,000 pelawat mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun. Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata daripada jumlah itu, 11,799 orang adalah pelawat dalam negara manakala bakinya dari luar. "Setiap pelawat yang datang ke situ dapat melihat pemeran tuntung hidup di samping diberi penerangan mengenai hidupan penyu," katanya baru-baru ini. Katanya sesetengah pelawat itu turut dibawa bermalam di pusat penetasan penyu di Ma', Kerteh. Terengganu mempunyai 11 pusat penetasan penyu yang dikendalikan pelbagai pihak termasuk Jabatan perikanan, badan bukan kerajaan dan Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia. Zakaria berkata bagi pusat penetasan yang dikendalikan Jabatan Perikanan, telur penyu yang dierami itu diperolehi di kawasan re...

UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah becah @ wetland di Terengganu

perkongsian berita dari TEGANUKITA : 28 December 2011 UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah bencah Oleh; Esah Abdullah Daerah Setiu mempunyai kawasan tanah bencah terluas di Pantai Timur yang dilitupi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. Tanah bencah ini menempatkan pelbagai habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan termasuk vetegasi riparian/sungai, hutan paya gelam, hutan paya laut dan nipah serta kawasan rumpai laut, Kawasan ini juga menyokong populasi liar spesies reptilia terancam seperti tuntung laut, tuntung sungai dan juga penyu agar. Kajian menunjukkan kawasan ini juga didiami 29 spesies mamalia, 161 spesies burung dan 28 spesies reptilian di samping mempunyai kepentingan sebagai tapak kepelbagaian biologi yang disokong kehadiran banyak banyak spesies vertebrata dan invertebrata laut dan air tawar. Menyedari itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (...

Pengunjung blog