Posts

Makam Tok Gajah di Kg Pasir Nering Kuala Brang, Hulu Terengganu

Image
Tok Gajah atau sebenarnya Imam Rasul Bin Shahrum, manakala gelarannya adalah Orang Kaya Imam Indera Gajah Perang, Khatib Rasul atau Imam Perang Rasul. Beliau merupakan Orang Besar Raja yang berkuasa dari Batu Redap sampai ke Kuala Piul, dari Tanjung Sakti hingga ke Kangsa, dari Pedah sampai ke Tanjung Lindung, dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukannya yang setaraf dengan Orang Besar Berempat di Negeri Pahang dan menjadi orang kepercayaan sultan, menjadikan beliau amat dihormati oleh rakyat di Ulu Pahang. Tok Gajah merupakan seorang pahlawan yang berani bersama beberapa orang pahlawan lain seperti Mat Kilau, anaknya, Dato' Bahaman serta beberapa orang lagi, telah terlibat dalam gerakan menentang campurtangan Inggeris di Pahang pada 1893 hingga 1895. Pihak Inggeris elah mengeluarkan satu perintah untuk menangkap beliau pada tahun 1897. Tok Gajah telah melarikan diri ke Ulu Kelantan dan kemudiannya ke Hulu Terengganu. Beliau telah meninggal pada 1901 da...

400 Hektar Kawasan Setiu Wetland Diwartakan

Image
Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri kelmarin dimana untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan. “Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu. “Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya. Beliau ber...

290 Spesies Burung Di Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Antarabangsa

Image
Tasik Kenyir yang menjadi habitat 290 spesies burung termasuk spesies jarang ditemui akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di rantau ini, kata Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Beliau berkata ini berikutan kedudukan Tasik Kenyir kekal menjadi tarikan utama dalam industri ekopelancongan khususnya daripada kalangan peminat burung tempatan dan luar negara. “Sebanyak 290 spesies burung telah direkodkan di Kenyir termasuk sembilan daripada 10 spesies burung enggang selain penemuan helang terpantas di dunia iaitu Peregrine Falcon,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menjenama dan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai “Destinasi Melihat Burung” terunggul di rantau ini. Menurutnya penganjuran kali ketiga ‘Kenyir Bird and Nature Quest’ selama dua hari bermula hari ini berjaya menarik 80 penyertaan daripada peminat burung termasuk dari Kanada, Nigeria, Palestin, Yaman dan peserta...

BEST MOBILE Peluang bisnes yang hebat dan lebih baik, memang BEST

Image
BEST MOBILE Peluang bisnes yang hebat dan lebih baik, memang BEST PELUANG BISNES BERSAMA BEST MOBILE BISNES Mengapa  BEST MOBILE? 5 ALASAN Lebih JIMAT Lebih IMBUHAN Lbih BAIK Lebih di HARGAI Lebih BEST Apa yang BEST?? Startet pack lebih murah Caj IDD yang lebih murah Komisyen yang tinggi Ada insentif pendapatan Bonanza RM1 Juta Perlindungan TAKAFUL TABUNG RUMAH TABUNG KERETA TABUNG UMRAH Insentif tunai RM25,000, RM15,000 Insentif Percutian Peluang untuk memenangi Hadiah TOYOTA CAMRY, TOYOTA VIOS dan HONDA CITY secara PERCUMA Memang bukan sekadar bisnes TELEKOMUNIKASI , malah ia lebih dari itu UNTUK SERTAI BISNES WHATSAPP ke 0199044003 atau email ke bmglobalbiz@yahoo.com atau PM di  FB Bestmobileglobal biz

Advertorial: BEST MOBILE COMMUNICATION.. telco alternatif TERBAIK

Image
Bagi mendapatkan  SIMKAD BEST MOBILE  boleh hubungi melalui  SMS/WHATSAPP 0199044003 Peluang Bisnes yang hebat

ADVERTORIAL: EP SAVER menjimatkan elektrik dan petrol/diesel anda, mengagumkan

Image
ADVERTORIAL: EP SAVER Maklumat lanjut klik: http://on9bis.com/web/?ref=Terengganulegend

Pesta ‘Ngambat Ikan’ Paya Besar Menyeronokkan

Image
Aktiviti ‘ngambat ikan’ atau menangkap ikan mungkin begitu asing bagi sesetengah penduduk tetapi bagi penduduk Paya Besar, Hulu Terengganu, ia amat dinantikan terutama pada musim kemarau apabila Sungai Berang di kampung itu mulai kering. Bagi mereka yang tinggal di pesisir sungai, aktiviti terbabit sememangnya memberikan satu keseronokan yang tidak dapat tergambar selain 1001 kepuasan kepada mereka yang begitu gemar dengan kegiatan riadah itu. Selain itu, aktiviti musim kemarau itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung. Sudin Yasin, 46, yang mesra disapa Pak Din  dari Kampung Paya Besar berkata, aktiviti itu dilakukan berkumpulan sekurang-kurangnya 20 orang yang dikenali sebagai ngerau (mengerau) dan lokasinya ialah kawasan lubuk ikan di sungai  biasanya dilakukan pada musim kemarau atau ketika paras sungai cetek. “Sebelum aktiviti ngambat di mulakan, kita kena kenal pasti tempat yang banyak ikan, bila rasa dah...

Pengunjung blog