Posts

Jadual kehidupan bagi melahirkan insan Ulul ALbab di Sm Imtiaz, Besut, Terengganu..

Image
Inilah jadual waktu kehidupan seorang pelajar bagi melahirkan huffaz dan insan hebat yang seimbang antara akademik dan hafazan Al quran di SM IMTIAZ Besut Terengganu dengan motonya ' School Of Excellence'. Kehidupan pelajar bermula seawal jam 5.00 pagi dan semua pelajar digalakkan bertahajjud sebelum waktu Subuh. Dan selepas solat subuh bermulalah rutin menghafal Al Quran. Kelas akademik bermula jam 9.40 dan berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari bagi waktu Qailullah atau Napping yang menjadi rahsia kekuatan minda manusia. Waktu akademik disambung lagi bermula jam 2.15 petang sehingga jam 4.30 petang. Pada malamnya sebelum tidur pelajar digalakkan melakukan solat witir bagi mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta sunnah Rasulullah saw. Apa yang istimewa di sekolah ini, ibu bapa amat digalakkan mengunjungi pelajar dengan syarat tidak mengganggu jadual pembelajaran anak-anak. Nak melawat setiap hari pun tak apa. Dan pihak sekolah mahukan hubungan ibubapa da...

Gambar dua pencuri yang dirakam CCTV Masjid Lama Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Dua gambar di atas sempat dirakam CCTV Masjid Lama Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Admin klasifikasikan orang-orang ini kategori kebal dan tahan api neraka. Agak-agak kalau letak jari kat lighter tu, berapa lama boleh tahan?.... sumber: ajk masjid #setiupost

Arab Saudi benar wanita 25 tahun ke atas masuk tanpa mahram

Image
JEDDAH: Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH). Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari. “Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”. Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini. “Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan. “Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini...

Datuk Farid Kamil disahkan positif ganja...alahai

Image
KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja selepas didakwa melakukan kekecohan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit. “Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. “Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara. Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. – K! ONLINE admin: kalau sudah menjadi public figure, sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Baru saja dapat anugerah akan teta...

Beautiful Terengganu Malaysia terbang lebih tinggi bersama AIR ASIA....

Image
Kerajaan Negeri Terengganu mengambil inisiatif dengan membuat kolaborasi bersama Air Asia dengan memaparkan imej Beautiful Terengganu di pesawat syarikat terseb ut untuk meningkatkan lagi potensi sektor pelancongan di negeri ini. Pesawat ini akan melakukan penerbangan domestik dan antarabangsa, sekaligus menjadi ‘agent’ Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Terengganu di mata dunia. Usaha Kerajaan Terengganu ini patut dipuji dengan bekerjasama bersama syarikat tambang murah terbaik duniai iaitu AIR ASIA untuk menerbangkan Terengganu ke tahap lebih tinggi terutama dalam industri pelancongan. Dalam satu majlis ketibaan pesawat semalam di lapangan terbang Sultan Mahmud, pihak kerajaan meraikan ketibaan penumpang bersama pesawat yang turut dihadiri oleh pengurusan AIR ASIA termasuk pengarah terbaru mereka iaitu Neelofa. sumber : Fb  Ahmad Razif Abd Rahman #setiupost

Diskaun sehingga 30% daripada Malaysia Airlines... semak destinasi anda..

Image
Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tawaran diskaun penerbangan sehingga 30% pada tahun 2018 bagi tambang pergi dan balik. Tempah sebelum 14 januari 2018 bagi destinasi anda. Untuk maklumat lanjut sila ke :  www.malaysiaairlines.com #setiupost

spesis tuntung di dunia.. 3 ada di Malaysia dan 2 spesis ada di setiu Wetlands

Image
Di antara spesis tuntung yang terdapat di dunia 3 daripadanya terdapat di Malaysia iaitu; - batagur baska, batagur borneonsis dan batagur affinis. Manakala 2 spesis di atas terdapat di Setiu Wetland iaitu Batagur Baska atau tuntung sungai dan batagur borneonsisi iaitu tuntung laut atau painted terrapin yang menjadi antara spesis paling terancam di dunia. Tanggungjawab kita bersama dalam menjaga ekosistem bagi memastikan kelangsungan hidup spesis unik ini. Mulakan denga membu ang sampah dengan betul. Jangan buang ikut sedap hati melalui tingkap kereta. # setiupost # setiuwetlands

Pengunjung blog