Posts

Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?

Image
Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling. Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng. Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini. Minta kuah lebih sikit. Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya: Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk Rojak Sultan Chendering Rojak Ayam Buluh Gading Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6 Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di si...

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

Image
Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) iaitu pinjaman modal secara tanpa faedah kepada rakyat negeri Terengganu. Skim SBMT ini diperkenalkan bagi membantu rakyat bagi memulakan atau membesarkan lagi projek pertanian mereka dengan bantuan modal tanpa faedah dan sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi skim ini. Ianya telah di lancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri iaitu YB Dr Azman Bin Ibrahim di Dewan Sivik Jabi, Besut, Terengganu. Kehadiran orang ramai ke majlis ini amat memberangsangkan walaupun ia dilaksanakan dalam masa yang singkat. Pinjaman ini akan di uruskan oleh Lembaga Pertubuhan Negeri Terengganu melalui Pertubuhan Peladang Kawasan yang ada di setiap daerah di negeri ini dan pemohon mestilah menjadi ahli PPK bagi melayakkan permohonan bantuan ini. Skim ini dijangka dan diharapkan dapat membantu rakyat bagi meningkatkan pendapatan melalui sektor pertanian samada tanaman, ternakan, ternak air dan sebagai...

Penemuan Fosil Karang berusia 7000 tahun di setiu, Terengganu

Image
Penemuan warisan berharga terbaru di Setiu, Terengganu yang berusia 7000 tahun di Kg Telaga Papan.  Ini bermakna banyak lagi  fosil  karang atau coral terdapat di kawasan tersebut dan  perlu diteroka dan diselidik dengan lebih teliti bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk digali dan didokumenkan. Ianya adalah satu penemuan yang hebat dan boleh menjadi bukan sahaja tarikan negeri Terengganu malah tarikan negara dan juga antarabangsa. Langkah susulan perlu diambil bagi mendapatkan lebih banyak spesimen untuk dikaji dan dibuat dokumentasi dengan lebih teliti dan mungkin kajian lanjut akan membawa maklumat yang lebih banyak dan menarik. Ia juga boleh menarik lebih ramai penyelidik dari seluruh negara dan juga luar negara bagi mendapatkan kajian lebih lanjut berkaitan dengan penemuan ini. Mungkin kawasan tersebut nanti boleh dibuat Galeri Maklumat berkaitan dengan apa yang dijumpai supaya lebih ramai orang akan datang untuk mendapatkan maklumat. Kerajaan ne...

Nasi Ayam Penyet di Quinara Al Safir Resort... serba cukup....

Image
Kebetulan pada suatu hari , ada mesyuarat di Quinara Al Safir Resort , Tok Jembal Kuala Terengganu dan pada waktu tengahari telah diperkenalkan menu yang baru iaitu Nasi Ayam Penyet. Alhamdulilah nampak rupa macam sedap dengan ayam gorengnya, serta sambal nya dan juga turut dihidangkan bersama Daging Singgang. Macam kena je.. Dan harga yang ditawarkan pun berpatutan iaitu RM10.90 bagi special dan RM12.90 bagi ayam kampung dan harga ternasuk minuman serta buah potong. Setelah menikmatinya memang sedap sungguh dan sambalnya pedas molek. Singgang daging pun sedap. Kira cukup kena lah. bagi anda yang ingin mencuba boleh lah berkunjung ke Lambur Cafe di Quinara Al Safir Resort. Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak resort di talian 09-6674040 #setiupost #terengganumyheritage

Peladang Setiu Agro Resort menawarkan Baucer Penginapan 2H1M Percuma dan Baucer Diskaun 80% di MAHA 2018 Maerps pada 22 Nov ini

Image
Peladang Setiu Agro Resort menawarkan Baucer Penginapan 2 Hari 1 Malam PERCUMA kepada pengunjung di Pameran MAHA 2018 yang akan berlangsung di MAERPS Serdang. Pihak resort turut menawarkan baucer penginapan dengan diskaun sehingga 80% sepanjang apmeran tersebut. Malah pelanggan juga akan turut berpeluang mendapat baucer diskaun 50% dengan hanya berkongsi gambar di ruang pameran di Instagram agroresort_setiu_terengganu. Jangan lepaskan peluang nikmati 501 menu juadah popular dari semua negeri. Dapatkan produk industri asas tani, buah-buahan, sayur-sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar. 13 pavilion negeri akan dibuka, menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri untuk disajikan kepada para pengunjung. Nikmati juga pengala man menyeronokkan bertani secara langsung di semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya. Ayuh kunjungi MAEPS Serdang pada 22 November hingga 2...

Aroma Square Kg Raja Besut.. comel weeih cafe ni, makan pun sedap...

Image
Baru-baru ini, rasa nak singgah kat sebuah cafe baru di Kg Raja, Besut bersebelahan dengan Dewan Merdeka yang baru setelah melihat promosi cafe ini di Facebook. Namanya Aroma Square Cafe. Cantik sekali dekorasi dalaman dengan hiasan mural dinding yang menarik serta susunan kerusi meja dan penataan cahaya yang membuatkan kita rasa selesa dan nyaman. Memang ingin mencuba beberapa menu dan anak-anak telah memilih Mushroom soup yang katanya memang sedap sehingga 2 kali tambah.Juga Meetball serta Banana Aiskrim. Admin mencuba Nasi Goreng Aroma yang disediakan dengan udang goreng yang rangup serta sambal yang sedap serta isteri pula mencuba Chicken salad. chicken salad yang sedap dan menyihatkan Nasi Goreng Aroma.. antara trademark di sini Mushroom Soup yang sedap Kegemaran kanak-kanak, Banana Aiskrim Banyak lagi menu menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke cafe ini di antaranya Nasi Ayam Penyet, chicken chop serta lamb chop yang h...

Nasi Lemak Ikan Aya dan Air Jagung Kedai Lias depan KTS Kuala Terengganu... makan bersama memori

Image
Kedai Nasi Lemak Lias berhaadapan dengan Kuala Terengganu Specialist Hospital dan bersebelahan Permai Hotel Kuala Terengganu sentiasa menggamit kenangan zaman persekolahan di SMA Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk, Kuala Tetengganu. Apa yang istimewa? Nasi Lemak Ikan Aya dan Air Jagung. Menu dari sejak zaman sekolah bermula 1989 sehingga mennggalkan sekolah pada 1993 masih boleh dinikmati sehingga hari ini. Makan disini dengan sendiri mengembalikan kenangan dan memori zaman persekolahan dengan bermacam-macam ragam antaranya sanggup panjat pagar waktu malam untuk beli nasi lemak, dikejar warden dan macam-macam lagi. Trick profesional juga digunakan seperti beli siap-siap nasi lemak dan teh peng sebungkus untuk pengawal. Kedai lias ni selain nasi lemak juga menjual laksa dan laksam serta laksa kuah merah atau laksa Terengganu selain nasi dagang.Sekarang turut menjual masakan panas bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah. Makan bersama kenangan dan memori ...

Pengunjung blog