PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU TELAH DIBUKA.

No automatic alt text available.

MAKLUMAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU TELAH DIBUKA.
Bismillah wa Alhamdulilllah,
Permohonan rumah mampu milik kepada rakyat Negeri Terengganu telah pun dibuka. Sila layari :
eperumahan.terengganu.gov.my
Syarat-syarat memohon:
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Semoga dengan inisiatif ini dapat memenuhi impian semua memiliki rumah sendiri.
Terengganu Maju, Berkat & Sejahtera.

No automatic alt text available.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog

1004910