Kenangan Wukuf di Arafah pada Musim Haji 2022 KT21

 


Kenangan wukuf di arafah , musim 2022, kenangan pahit manis ada di sini.
Kehidupan yang memerlukan kita bertoleransi di antara sesama jemaah.
Tidak boleh pentingkan diri, kena banyak bersabar dan bertolak ansur.
Matlamat kita sama mencari keredhaan Allah swt dan menjadi tamu Allah swt yang diberkati.
Selepas masuk waktu Zohor dan solat jemaah, bermula khutbah wukuf arafah oleh pembimbing TH, suasana menjadi hening dan syahdu dalam menghayati khutbah.
Tak sedar air mata mengalir membawa keinsafan diri di perhimpunan besar dunia dan masih kecil jika dibandingkan dengan perhimpunan Mahsyar yang maha dahsyat dan menggerunkan.
Di sini kita masih lagi boleh ingat dan berfikir tentang keluarga, anak anak dan urusan dunia. Tapi du Mahsyar hanya fikir tentang nasib diri di hadapan Allah swt. Jika baik maka baiklah perjalanannya. jika tidak tidak terbayang azabnya ...
Di Arafah masing masing mencari sudut sendiri untuk berdoa, berzikir, baca Al Quran... suasana cukup hening walaupun panas berangin.
Memori berwukuf di Arafah bagaikan baru semalam berlalu.
Rezeki menjadi tetamu Allah swt bagaikan satu mimpi menjadi realiti.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog