Maxim Kuala Terengganu Memberi Sokongan Pada Rakan-pemandu Semperna Bulan Ramadhan 2025
Tahun ini, acara sosial Maxim Kuala Terengganu menganjurkan program iftar bersama rakan pemandu dan masyarakat sekitar. Usaha ini bertujuan untuk menunjukkan penghormatan kepada bulan mulia ini dengan memberi kembali kepada masyarakat, dan menghargai mereka.
Pasukan pengurusan Maxim telah mengadakan program berbuka puasa di restoran thai bersama kepada rakan-pemandu yang aktif dan mempunyai prestasi baik. Secara keseluruhan, lebih daripada 30 pemandu menyertai program ini. Usaha ini dianjurkan untuk berkongsi kebaikan dan menyebarkan kegembiraan Ramadhan di kalangan pemandu rakan.
Acara ini dipilih kerana Maxim memahami bahawa pemandu rakan tidak mempunyai cukup masa untuk membeli makanan, memandangkan waktu iftar biasanya jatuh pada waktu puncak, dan keutamaan mereka adalah memastikan penumpang sampai ke destinasi tepat pada masanya.
“Kempen pasukan kami seperti ini bertujuan untuk menekankan pentingnya menyokong masyarakat yang bekerja keras sepanjang bulan suci ini. Saya ingin menekankan bahawa usaha ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap belas kasihan dan solidariti. Bersama-sama, kami menunjukkan penghargaan kepada pemandu sambil memastikan mereka dapat berbuka puasa dengan maruah,” kata ketua Maxim Kuala Terengganu, Afdhaluddin Abdullah.
Selain itu, pengurusan juga menyumbangkan bantuan harian kepada pemandu terpilih yang memerlukan. Sumbangan tersebut diberikan dua minggu sebelum Ramadhan berakhir sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. Antara yang disumbangkan termasuk beras, biskut, telur dan banyak lagi.
Serangkai dengan acara sosial untuk Ramadan yang merupakan acara tradisi tahunan syarikat. Ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mencerminkan keprihatinan syarikat terhadap masyarakat.
Usaha
ini berterusan dan merupakan usaha tahunan syarikat untuk menyokong masyarakat
semasa Ramadan. Ia dijalankan di lebih daripada dua belas bandar di seluruh
negara dan membawa kegembiraan kepada bulan yang suci ini.
Info
Maxim telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah
dijayakan di Kuantan. Kini perkhidmatan kami beroperasi di semua negeri di
Malaysia.
Sejak tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif
untuk menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain,
menjadikannya lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah
mencipta sistem berinovatif untuk mendaftar bilangan pelanggan tanpa had bagi
memproses berjuta-juta tempahan pada setiap hari. Aplikasi Maxim adalah untuk
pengguna manakala Taxsee Driver untuk Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan
salah satu aplikasi yang teratas.
Aplikasi ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App
Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App Market, Vivo App Store and Galaxy
Store.
Misi
perkhidmatan ini adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan
membantu orang ramai bergerak ke arah matlamat mereka!
Comments