Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim
Kuala Terengganu - Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Kuala Terengganu mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman. Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik. Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sah...