Maxim E-hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

 


Kuala Terengganu - Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Kuala Terengganu  mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman.

 

Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik.

 

Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sahaja, malah wakil dari Maxim turut berkongsi ilmu tentang keselamatan jalan raya, mengajar tentang cara melintas jalan, mengenali papan tanda di jalan raya dan pelbagai lagi.



“Menjadi acara tahunan Maxim e-healing untuk menjaga anak yatim sambil memberi sedikit sumbangan kepada mereka. Ini adalah cara untuk berkongsi kasih sayang dan menyatakan kebaikan kita kepada mereka yang memerlukan. melihat senyuman mereka mencuit hati dan itulah matlamat kami dan mungkin pada masa akan datang program seperti ini dapat diteruskan lagi dan kami berharap agar ramai yang turut serta bersama kami.” kata Ketua Bahagian Maxim Kuala Terengganu, Afdhaluddin Abdullah.

Sementara itu, salah seorang wakil dari pengurusan rumah anak yatim menyatakan kegembiraan dapat menyokong Maxim dalam melaksanakan program positif untuk masyarakat.

Anak-anak adalah aset masa depan, kita perlu menjaga hak mereka seperti pendidikan dan memberi sokongan dari segi keperluan dan emosi. Saya menghargai inisiatif program dari Maxim hari ini, kerana ini akan membantu mengembangkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama membawa senyuman. Program ini sangat hebat, kerana semua orang menikmatinya terutama sejak ia dijalankan pada Hari Malaysia,” kata Ustaz Saiful ketua Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah.

Aktiviti ini telah menjadi tradisi untuk syarikat itu berguna untuk masyarakat dan mereka yang memerlukan.

 

Info

Maxim telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah dijayakan di Kuantan. Kini perkhidmatan kami beroperasi di semua negeri di Malaysia.

Sejak tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta sistem  berinovatif untuk mendaftar bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap hari. Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.

Aplikasi ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App Market, Vivo App Store and Galaxy Store.

Misi perkhidmatan ini adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai bergerak ke arah matlamat mereka!


Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Pengunjung blog