Posts

Showing posts with the label Monsoon cup

TEGANU KITA: TIIAF 2012 bakal dihadiri 50,000 pengunjung

Image
Oleh: Suriati Ali Kira-kira 50,000 pengunjung tempatan dan luar negara dijangka hadir memeriahkan `Terengganu International Islamic Arts Festival (TIIAF) 2012’ di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Program yang berlangsung selama empat hari dan bermula 14 September itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama TTI. Sebanyak 17 negara, termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Jepun, China, India dan Pakistan akan terlibat sepanjang program itu berlangsung. Pengarah Urusan TTI Haji Engku Md Azmi Engku Abd Rahman berkata, apa yang membanggakan, pakar-pakar seni khat dan pemuzik profesional dari Mesir, Turkey, Syria, Iran, Afrika Selantan dan Sepanyol turut menyertai festival kali kedua dianjurkan. Katanya, program yang akan berlangsung nanti adalah kesinambungan daripada program Inspirasi Seni Khat Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun lepas. “Sambutan yang diterima pada program itu sangat menggalakkan sehingga mendorong TTI memperluaskan p...

Dunia dan Gaya Hidup Orang Terengganu

Image
Gaya dan budaya hidup orang Terengganu adalah amat rapat sekali dengan laut. Laut adalah sumber inspirasi hidup rakyat Terengganu. Dari perut laut datang sumber kekayaan yang membangunkan negeri dan rakyatnya. Laut juga mempunyai interpretasi sendiri bagi penduduk Terengganu. Walaupun hari-hari menongkah arus ke laut mencari rezeki masih ada segelintir yang masih berhempas pulas memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi. Itulah dunia laut, ada yang mengecapi kekayaan dari laut dan ada yang terus bergantung kepada laut demi sesuap nasi. Dari hasil laut jugalah yang telah membawa Terengganu ke persada dunia. Keropok lekor, ikan aya untuk nasi dagang, budu, hasil petroleum, monsoon cup, bot Pulau Duyung telah membawa Terengganu ke dimensi baru kepada dunia. Jangan tinggalkan laut tapi bantulah mereka yang susah walaupun hari-hari ke laut. Dunia warisan kita perlu kita kekalkan dengan sama membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi rakyat Terengganu. Ayuh Terengganu teruskan ke persada ...

Taman Shahbandar... dah jauh berubah... kini dah jadi mercu tanda Kuala Terengganu

Image
Taman Shahbandar, Kuala Terengganu , kini bagaikan pintu masuk kepada warisan dan budaya Terengganu. Untuk sampai Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan dan meneroka hasil kraftangan serta melihat Istana Maziah, tinggalan Sejarah Bukit Puteri serta pejabat Pos Malaysia, semua perlu melalui Taman Shahbandar. Malah ia juga pintu masuk ke Pulau Redang melalui Kuala Terengganu. Ia telah melalui pelbagai perubahan dan pembangunan. Dulu terdapat Taman Selera Tanjung yang terkenal berhampiran sungai Kuala Terengganu yang kini telah berpindah ke lokasi yang lebih selamat akibat hakisan ombak musim tengkujuh. Jika anda berpeluang berkunjung ke sini, terdapat pelbagai keunikan iaitu antaranya Tandas 5 Bintang di sini dengan dekorasi yang unik dan sentiasa terjaga bagaikan tandas hotel 4 @ 5 bintang. Anda boleh mencuba sendiri. Bagi kaki pancing, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba sentapan siakap, dingkis mahupun pari di benteng Taman Shahbandar ini. Ia menjadi tumpuan terutam...

Pengunjung blog