Taman Shahbandar... dah jauh berubah... kini dah jadi mercu tanda Kuala Terengganu
Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, kini bagaikan pintu masuk kepada warisan dan budaya Terengganu. Untuk sampai Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan dan meneroka hasil kraftangan serta melihat Istana Maziah, tinggalan Sejarah Bukit Puteri serta pejabat Pos Malaysia, semua perlu melalui Taman Shahbandar. Malah ia juga pintu masuk ke Pulau Redang melalui Kuala Terengganu.
Ia telah melalui pelbagai perubahan dan pembangunan. Dulu terdapat Taman Selera Tanjung yang terkenal berhampiran sungai Kuala Terengganu yang kini telah berpindah ke lokasi yang lebih selamat akibat hakisan ombak musim tengkujuh.
Jika anda berpeluang berkunjung ke sini, terdapat pelbagai keunikan iaitu antaranya Tandas 5 Bintang di sini dengan dekorasi yang unik dan sentiasa terjaga bagaikan tandas hotel 4 @ 5 bintang. Anda boleh mencuba sendiri.
Bagi kaki pancing, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba sentapan siakap, dingkis mahupun pari di benteng Taman Shahbandar ini. Ia menjadi tumpuan terutama pada waktu malam terutama malam minggu.
Taman Shahbandar kini bukan tempat bersiar-siar, malah sering menjadi tumpuan bagi acara-acara penting di peringkat negeri, nasional malah antarabangsa. Di antara aturcara yang diadakan di sini adalah sambutan kemerdekaan, Piala Monsoon, serta pelbagai karnival yang diadakan dari semasa ke semasa.
Pada setiap hari Jumaat, ia sekali lagi menjadi tumpuan kerana terdapat Pasar Minggu @ Malam di sini.
Dan pada Ramadhan baru-baru ini, ia sekali lagi menjadi tumpuan kerana terdapat Bazar Ramadhan yang sentiasa menjadi tumpuan di Taman Shahbandar ini.
Comments