Posts

Showing posts with the label RTM

Kiblat Masjid Kristal, Terengganu tersasar atau salah?... mari baca dan dengar penjelasan ini

Image
MARI KITA CARI JAWABAN KES INI MENGIKUT NERACA HUKUM SYARAK (ILMU FALAK SYARIE).. BUKAN MENGIKUT PENILAIAN LOGIK AKAL... Catatan di internet..  http://virtualfri ends.net/article/articleview.cfm?AID=44014 Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar. Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan ...

Tanding Ngail AGRO pada 11 Mac 2017 Sabtu dan juara keli RM3,000 dan juara Pacu @ Patin RM1,000

Image
Pertandingan Ngail AGRO Kali ke 2/ 2017 Pada 11 Mac 2017 SABTU 2.30 hingga 5.30 petang Yuran penyertaan RM40.00 bagi sebatang joran. Juara KELI akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Juara Pacu atau Patin akan membawa pulang wang tunai RM1,000 Jom datang ramai-ramai kita meriahan pertandingan ini. Turut bersama adalah produksi RTM bagi rakaman Travelog Agro pada hari pertandingan tersebut. #vivitbeautifulterengganu #terengganumyheritage #setiupost #tandingngailagro

80 pengamal media sertai survival laut bersama UMT

Image
Oleh: Noraini Jusoh Seramai 80 pengamal media tempatan menyertai program ‘Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media 2013’ di Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program anjuran Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra UMT selama dua hari itu (24 sehingga 25 Mei) disertai petugas media daripada beberapa agensi antaranya Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Berita Harian, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Sinar Harian, serta Radio Televisyen Malaysia (RTM). Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan UMT dengan pihak media. "Selain merapatkan hubungan kedua-dua pihak, program ini juga membuka peluang kepada pengamal media merasai sendiri pengalaman menyeronokkan melakukan aktiviti menarik yang disediakan. "Mereka juga didedahkan tentang kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan diajar kemahiran asas berada di lautan serta cara untuk...

Pengunjung blog