Posts

Showing posts with the label bajet makan

RM5.90 untuk Nasi Mandy Ayam.. murah sangat, sedap pula.. di Restoran Nasi Arab Al Amin, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
Nasi Mandy Ayam Restoran Nasi Arab Al Amin yang terletak di simpang tiga Kg Gong Nering Jerteh atau Kg Mak Sara, menjanjikan kelainan dan resepi asli masakan arab ala Saudi. Menurut pemilik restoran, Ustaz Zulhasna, semua rempah ratus dibawa terus dari Arab Saudi agar ia kekal asli dan menepati citarasa Arab asli. suasana kedai yang santai dan ala ala Arab Menu yang diperkenalkan di restoran ini adalah Nasi Mandy samada ayam mahupun kambing. Sememangnya menu kambing sering mendapat perhatian dan pilihan ramai. Burmaah kambing memang sedap... Roti Arab bersama Fooul Shawarma yang juga sedap. Selain itu juga turut disediakan shawarma iaitu snek arab seakan kebab dan roti arab yang boleh di makan samada bersama Burmaah atau sup kambing mahupun Fouul atau masakan daging kisar bersama kacang bersama sos tomato atau Kibdah iaitu masakan organ dalaman samahati hati, paru, limpa  yang digoreng ala Saudi. Turut dihidang di sini adalah Teh Arab samada asli, ...

Zam Cendol, Kg Pengkalan Nyireh, Besut , Terengganu... bayar sekali makan sampai kenyang.. berbaloi

Image
Sejak akhir-akhir telah mula wujud trend makan baru iaitu bayar sekali dan boleh tambah berkali-kali dan makan sampai kenyang yang tentunya memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan. Bayangkan makan cendol yang berharga RM2 semangkuk dan anda boleh makan sepuas-puasnya dan boleh tambah berkali-kali. Tentu seronok bukan! Warung Cendol Zam yang baru beroperasi di Kg Pengkalan Nyireh, Besut yang terletak berhadapan Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang beroperasi daripada jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Selain cendol juga terdapat makanan lain iaitu laksa pinang RM3, pasembor RM4, nasi goreng bersama ikan kukus goreng RM5 yang juga bayar sekali dan boleh tambah berkali-kali. Selain itu juga terdapat Rojak Buah RM4 dengan harga RM5.00, Ikan Celup Tepung RM2 seekor dan sotong celup tepung RM6 seekor dan sememangnya ia murah dan berbaloi. Jika datang beramai ramai samada bersama keluarga atau kawan-kawan memang seron...

Pengunjung blog