Zam Cendol, Kg Pengkalan Nyireh, Besut , Terengganu... bayar sekali makan sampai kenyang.. berbaloi




Sejak akhir-akhir telah mula wujud trend makan baru iaitu bayar sekali dan boleh tambah berkali-kali dan makan sampai kenyang yang tentunya memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Bayangkan makan cendol yang berharga RM2 semangkuk dan anda boleh makan sepuas-puasnya dan boleh tambah berkali-kali. Tentu seronok bukan!



Warung Cendol Zam yang baru beroperasi di Kg Pengkalan Nyireh, Besut yang terletak berhadapan Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang beroperasi daripada jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

Selain cendol juga terdapat makanan lain iaitu laksa pinang RM3, pasembor RM4, nasi goreng bersama ikan kukus goreng RM5 yang juga bayar sekali dan boleh tambah berkali-kali.



Selain itu juga terdapat Rojak Buah RM4 dengan harga RM5.00, Ikan Celup Tepung RM2 seekor dan sotong celup tepung RM6 seekor dan sememangnya ia murah dan berbaloi.

Jika datang beramai ramai samada bersama keluarga atau kawan-kawan memang seronok dan amat berbaloi dengan keadaan ekonomi sekarang yang serba mahal.

Jika datang ke Besut, jom pekena cendol dulu...' make sampai kenye'

@terengganumyheritage post

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog