Posts

Showing posts with the label belut

Tomyam sotong, udang dan belut yang sedap di Cafe Hanamina, Kg Bukit Kemudu, Setiu, Terengganu

Image
  Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu. Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap. Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong Tomyam Udang Galah Tomyam Belut serta Mee Celup Telur gedik. Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi. Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap. Juga aneka air yang menarik untuk dirasa. Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan. Walaupun kedai kecil tapi ia selesa. Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol. Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi. Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com  Atau mesengger di FB Ripum Portal.

Pergambaran Program Makan Angin TV9 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Pengacara Makan Angin TV9 Faiz di Agro Resort, Setiu, Terengganu Kali ini blogger ingin berkongsi gambar-gambar semasa rakaman rancangan program TV9 'MAKAN ANGIN' bersama pengacara Faiz. Episod di Terengganu ini mengenengahkan keunikan masakan belut, ketam kulit lembut, sambal kecupu serta keunikan tarikan di Terengganu seperti Kg Rhu Sepuluh, Laguna Setiu, Agro Resort serta Kuala Terengganu. Sepanjang pergambaran ini, kru ini telah menginap di Peladang Setiu Agro Resort selama 5 hari. Kru dan hos sedang bersarapan Sambal Buah Kecupu, makanan unik Terengganu Inilah buah kecupu yang semakin sukar untuk mendapatnya, pihak Agro Resort telah mengambil inisiatif menanamnya di sekitar resort Salah seorang kru mencuba bakat memasak di dapur Set pergambaran di restoran AGro Resort, Setiu, Terengganu Blogger bersama hos Faiz dalam episod Makan Angin di Terengganu Bukan sekadar lakonan tetapi dah jadi aksi realiti

Pengunjung blog