Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu.
Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap.
Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong
Tomyam Udang Galah
Tomyam Belut serta
Mee Celup Telur gedik.
Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi.
Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap.
Juga aneka air yang menarik untuk dirasa.
Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan.
Walaupun kedai kecil tapi ia selesa.
Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol.
Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi.
Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com
Atau mesengger di FB Ripum Portal.
No comments:
Post a Comment