Posts

Showing posts with the label buah ceri terengganu

Peserta Candat Sotong Terengganu 2014 tertarik dengan Tasik Kenyir.

Image
Seorang peserta sedang bermanja dengan ikan kelah- Gambar:  Aminudin Oleh: Aminudin Ismail.  SELEPAS sehari suntuk berada di Setiu semalam kerana mengikuti beberapa program yang diatur termasuklah mencandat sotong di perairan pantai Penarik, hari ini rombongan Festival Mencandat Sotong Terengganu 2014 menyusuri Tasek Kenyir pula bagi mengikuti beberapa aktiviti antaranya ialah membelai kelah di Santuari Kelah di Sungai Petang. Bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi, peserta mencandat sotong dari dalam dan luar negara yang menaiki tujuh buah bas itu tiba di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira jam 9.40 pagi. Mereka diberi taklimat mengenai apa yang mereka lalui oleh pegawai dari Ketengah mengenai aktiviti sepanjang sehari berada di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu. Kumpulan pertama terdiri daripada 70 peserta bergerak ke Santuari Kelah manakala kumpulan kedua seramai 120 peserta pula ke Taman Tropika dan Taman Orkid. Orkid yang ter...

Buah Ceri Terengganu ( Lepisanthes fruticosa)

Image
Kenal buah ini? Inilah buah Ceri Terengganu (Lepisanthes fruticosa (Roxb) Leenh). Ianya boleh dimakan segar dan rasanya manis apabila masak sepenuhnya. Buahnya perlu digelek atau digentel terlebih dahulu di telapak tangan untuk melembutkan kulit dan isinya sebelum dimakan. Menurut kajian yang dijalankan di MARDI, buah ini mengandungi aktiviti antioksidan (sebatian antioksidaan, fenolik dan antosianin) yang tinggi berbanding buah-buahan komersial seperti jambu batu, limau dan epal. Dengan kata lain, ia memainkan peranan penting dalam membunuh radikal-radikal bebas yang berpunca dari pelbagai faktor seperti pemakanan, cahaya ultra violet (UV), asap rokok, pencemaran, alkohol dan tekanan. Hebat kan? - Sumber : Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI Serdang

Pengunjung blog