Buah Ceri Terengganu ( Lepisanthes fruticosa)



Kenal buah ini? Inilah buah Ceri Terengganu (Lepisanthes fruticosa (Roxb) Leenh). Ianya boleh dimakan segar dan rasanya manis apabila masak sepenuhnya. Buahnya perlu digelek atau digentel terlebih dahulu di telapak tangan untuk melembutkan kulit dan isinya sebelum dimakan.
Menurut kajian yang dijalankan di MARDI, buah ini mengandungi aktiviti antioksidan (sebatian antioksidaan, fenolik dan antosianin) yang tinggi berbanding buah-buahan komersial seperti jambu batu, limau dan epal. Dengan kata lain, ia memainkan peranan penting dalam membunuh radikal-radikal bebas yang berpunca dari pelbagai faktor seperti pemakanan, cahaya ultra violet (UV), asap rokok, pencemaran, alkohol dan tekanan. Hebat kan?
- Sumber : Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI Serdang

Comments

NARDtheNERD said…
xpenah makan.. sedap tak? :)

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Menjejaki Al Marzaq, Ulama’ Yang Dipancung Kepala di Pulau Tarakan, Kalimantan, Indonesia.. banyak pengajaran cerita

Cendawan 3K dan khasiatnya

Pengunjung blog