Posts

Showing posts with the label bubur lambuk

Ramadan Kareem: Maxim Berkongsi Kegembiraan Dengan Mengedarkan Makanan di Masjid Abidin Kuala Terengganu

Image
  Kuala Terengganu - Maxim E-hailing telah mengadakan acara pengagihan bubur lambuk kepada umat Islam di Masjid Abidin. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan yang mulia. Pasukan Maxim mengedarkan 500 pek bubur lambuk sekitar jam 6:00 petang hingga 7:00 petang untuk pelawat yang datang ke masjid. Mereka juga memberikan kalendar Islam kepada pengunjung masjid untuk merujuk waktu imsak dan berbuka puasa. “ Bagi memastikan semangat Ramadan bersinar lebih cerah, Maxim menganjurkan pengagihan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dan untuk terus membina hubungan mesra dengan masyarakat. Program seperti ini harus diteruskan kerana ia membantu masyarakat setempat untuk mewujudkan kesedaran untuk membantu antara satu sama lain dan mempamerkan perbuatan baik dan pemurah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Masjid Abidin dan kepada mereka yang terliba...

Hotel Primula Saji Hidangan Warisan Sempena Ramadan

Image
Sempena ketibaan Ramadan esok, Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, menawarkan pelbagai menu istimewa termasuk makanan tradisi yang hampir dilupakan golongan muda sebagai hidangan pilihan untuk berbuka puasa. Pengurus Makanan dan Minuman hotel, Hasmadi Nasiruddin Othman berkata, antara menu yang disediakan mereka termasuk variasi pencuci mulut seperti che abas demam, koleh lemak, bantal buruk, k’ang, apam dewa, pati toyo serta lauk-pauk seperti gulai itik telur masin, budu tumis serta kerabu laksa.  “Kesemua makanan itu merupakan sebahagian daripada 125 jenis hidangan berkonsepkan warisan timur yang ditampilkan bagi mengembalikan nostalgia menu-menu lama disamping memberi peluang terutama kepada generasi muda untuk menikmatinya. “Hotel kami sentiasa mengetengahkan makanan-makanan tradisi tempatan bagaimanapun pada Ramadan kali ini, pilihan menu warisan yang hampir pupus lebih banyak berbanding tahun sebelum ini,”katanya kepada pemberita semasa majlis pelanca...

Tawaran Early Bird Bufet Ramadhan RM55 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

Image
Tawaran istimewa ini sah sehingga 28 Jun 2014. Dan selepas itu ia berharga RM69.90 seorang dewasa dan RM35.00 seorang kanak-kanak. Primula Beach Resort mempromosikan masakan tradisional Terengganu dengan rasa asli dan klasik. Selain itu Pakej Seminar sepanjang Ramadhan di Primula adalah RM165 bersih seorang termasuk bilik penginapan, 3x makan sehari dan bilik mesyuarat Manakala tawaran bagi bilik penginapan sepanjang Ramadhan adalah bermula daripada RM195.00 sebilik semalam bagi bilik sahaja dan RM245 bersih semalam bagi penginapan seorang dan RM299 sebilik semalam bagi penginapan berkembar termasuk bufet dan sahur Pihak hotel juga akan turut mengadakan pembahagian bubur lambuk pada Ramadhan ini di perkarangan hotel pada 25 Julai 2014 Hubungi Bahagian tempahan di talian  09-622 2100 Laman Web http://www.primulahotels.com   tq Mr Roffa- Sales Manager

Buka Puasa di Motel Desa Kuala Terengganu, dari puncak bukit

Image
Berselera anak-anak berbuka puasa di luar Pada Ramadhan ke 25 2012, blogger bersama rakan pejabat telah mengadakan majlis Berbuka Puasa di Motel Desa, Kuala Terengganu. Ia sebuah resort yang mempunyai 20 bilik yang terletak di puncak Bukit Pak Apil, bersebelahan dengan RTM Terengganu. Sungguh damai dan tenang suasana di sini. Pakej Bufet Ramadhan adalah Rm32.00 seorang dewasa dan Rm18.00 kanak-kanak yang dibuka setiap hari. Antara menu untuk hari ini adalah Sup tulang,  Bubur lambuk, ayam grill, nasi kuning, daging masak merah,  gulai ikan aya, ayam goreng, sotong celup tepung serta pelbagai ulam-ulaman, sambal, budu serta cencalok. Signature dish Ramadhan, bubur lambuk Terengganu yang enak Turut dihidangkan adalah kuih-muih tradisional seperti netbat, seri muka, beronok sagu, kuih lapis , koleh kacang, pelbagai jenis puding serta bubur pulut hitam. Air pula terdiri dari teh tarik, air soya, kordial dan air tebu. Boleh dikatakan macam-macam ada. Harga pun...

Pengunjung blog