Buka Puasa di Motel Desa Kuala Terengganu, dari puncak bukit
Berselera anak-anak berbuka puasa di luar |
Pada Ramadhan ke 25 2012, blogger bersama rakan pejabat telah mengadakan majlis Berbuka Puasa di Motel Desa, Kuala Terengganu. Ia sebuah resort yang mempunyai 20 bilik yang terletak di puncak Bukit Pak Apil, bersebelahan dengan RTM Terengganu.
Sungguh damai dan tenang suasana di sini. Pakej Bufet Ramadhan adalah Rm32.00 seorang dewasa dan Rm18.00 kanak-kanak yang dibuka setiap hari. Antara menu untuk hari ini adalah Sup tulang, Bubur lambuk, ayam grill, nasi kuning, daging masak merah, gulai ikan aya, ayam goreng, sotong celup tepung serta pelbagai ulam-ulaman, sambal, budu serta cencalok.
Signature dish Ramadhan, bubur lambuk Terengganu yang enak |
Turut dihidangkan adalah kuih-muih tradisional seperti netbat, seri muka, beronok sagu, kuih lapis , koleh kacang, pelbagai jenis puding serta bubur pulut hitam. Air pula terdiri dari teh tarik, air soya, kordial dan air tebu. Boleh dikatakan macam-macam ada. Harga pun kira berpatutan.
bagi mereka yang ingin berbuka atau makan-makan dalam suasana yang santai dan tenang di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Inilah tempatnya.
Bandaraya Kuala Terengganu dari puncak bukit |
Resort ini mempunyai 20 buah bilik dengan harga dari RM120.00 sebilik semalam hinggalah bilik suite berharga RM380.00 semalam. Ia lengkap dengan kemudahan dewan, restoran, kemudahan seminar dan kursus.
Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan:
Motel Desa
Tel: 09-6223033
email: mdesa@streamyx.com
web: www.moteldesa.com.my
ps: Terima kasih Encik Taufik Hj Ahmad, Pengurus Motel Desa kerana sudi menjemput blogger untuk merasai keenakan berbuka puasa di Motel Desa.
Comments