Festival mencandat sotong peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di perairan Terengganu dijangka lebih meriah apabila 250 petugas media dari 25 buah negara bersetuju menjadi rakan penyiar dan liputan. Program hanya melibatkan pengamal media itu dijangka berlangsung selama tujuh hari bermula 11 April ini di perairan Setiu dan Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata berikutan kehadiran rakan penyiar dari seluruh dunia itu, pihaknya akan mengadakan pertandingan rakaman visual dan fotografi terbaik. "Dalam pertandingan itu nanti, pemenang akan menerima hadiah berupa pakej melawat Terengganu yang ditaja kerajaan negeri seperti penginapan, tambang kapal terbang, makan minum, melawat ke tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Cemerong dan sebagainya. "Saya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 250 petugas media bersedia untuk datang meriahkan festival itu" katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata kerajaan negeri berha...