Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...



Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin.
Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ


Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa.


Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan!

Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik.

Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi talian 0123176080 atau 0123176080 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.



Ia juga menyediakan perkhidmatan sewaan bot untuk Day trip ke Pulau Perhenetian atau Redang, Pakej Candat Sotong, Pakej Memancing mahupun mahu menyusuri lagun.
Tidak jauh daripada rumah penginapan ini terdapat dua tarikan utama pelancongan iaitu Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap dan juga Galeri wetland di Kg Limau Nipis yang akan dibuka dalam sedikit masa lagi.
Tentunya berbaloi percutian anda ke Setiu dan Terengganu dengan suasana yang privasi serta dengan kemudahan yang selesa.
Jom ke Setiu dan Terengganu
Comments