Posts

Showing posts with the label cari makan

Tomyam sotong, udang dan belut yang sedap di Cafe Hanamina, Kg Bukit Kemudu, Setiu, Terengganu

Image
  Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu. Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap. Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong Tomyam Udang Galah Tomyam Belut serta Mee Celup Telur gedik. Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi. Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap. Juga aneka air yang menarik untuk dirasa. Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan. Walaupun kedai kecil tapi ia selesa. Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol. Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi. Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com  Atau mesengger di FB Ripum Portal.

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Image
Kedai Koffie di Kg Losong Haji Long kini menjadi tumpuan dengan pelbagai menu menarik dan suasana kedai yang santai dan menarik. Pelbagai menu menjadi tarikan pengunjung dari masakan panas, masakan barat malah hingga ke snek berat dan ringan. Semuanya nampak sedap. Begitu juga dengan pelbagai pilihan minuman seperti pelbagai pilihan minuman susu goncang atau 'milk shake'. Harga bagi setiap makanan dan minuman juga berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua golongan. Kedai Koffie yang diusahakan oleh Puan Haslinda dan dan suami ini terletak dilokasi strategik iaitu jalan menuju ke Muzium negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam serta jalan menuju ke LPT. Admin sendiri mencuba Nasi Goreng Ikan yang memang sedap dan klasik bagaikan masakan ibu serta Kopi Ais. Berbaloilah datang ke sini... #setiupost #terengganupedia #makan

Di antara Nasi Ayam Terbaik Terengganu di Restoran Nurul Iman, Batu Buruk..memang terbaik

Image
Restoran Nurul Iman yang terletak di hadapan SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burukyang juga sekolah Admin dulu adalah antara restoran Nasi Ayam yang terbaik di Terengganu. Bayangkan selepas 30 tahun meninggalkan alam persekolahan disini, masih boleh menikmati keenakan nasi ayam sebagaimana zaman sekolah dahulu. Malah ada antara pekerjanya yang dulu masih bekerja hingga kini dan pemilik restoran yang yang dulu muda dan hensem masih setia menjaga kaunter dan menerima bayaran daripada pelanggan walaupun harganya sudah jauh berubah iaitu dulu RM.2.50 sepinggan dan kini RM5.50 sepinggan. Apa yang istimewanya restoran ini, ia hanya menyajikan 2 menu sahaja iaitu Nasi Ayam dan Rojak Ayam atau orang Terengganu menyebutnya 'Rojak Keling' . Setiapkali datang menjamu selera di sini, orang dan dan parking sentiasa penuh dengan pelanggan setia yang mungkin mempunyai memorinya yang tersendiri tentang restoran dan makanan di sini. Jika anda ingin datang ke sini, lokasinya a...

RM25 seorang pakej berbuka puasa di Batu Buruk Beach Resort... promosi ni

Image
Berbuka puasa di Batu Buruk Beach Resort dengan pelbagai pilihan menu yang menarik mengikut hari... Dengan harga serendah RM25 seorang semasa promosi tentunya menjadim pilihan ramai dan mampu milik. Dengan pembelian 10 pax atau orang percuma seorang... Juga promosi bilik serendah RM75 semalam bagi bilik standard dan RM130 bagi bilik family. Jom cepat plan dan buat tempahan bagi mendapatkan harga dengan kadar istimewa. #setiupost #terengganupedia

Masakan SALAI di antara menu tarikan di Quinara Al Safir Resort untuk berbuka puasa, harga pula bermula serendah RM15 je seorang..

Image
Pakej istimewa Ramadhan daripada Quinara Al Safir Resort di Tok Jembal , Kuala Terengganu, harga pula mengikut pakej dan kemampuan bermula serendah RM15 seorang. Apa yang istimewa Ramadhan kali ini adalah menu daripada SALAI samada daging, itik, ikan keli malah Rusa pun ada.. memang menu salai ini kegemaran admin. Nampaknya kena cuba untuk berbuka di sini tahun ni. Pelbagai pilihan juadah untuk anda dan boleh dirujuk digambar yang disertakan ini. untuk maklumat lanjut dan tempahan blehlah berhubung dengan pihak resort di talian 096674040 atau whatsapp 0139054041 #setiupost #terengganupedia

Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?

Image
Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling. Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng. Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini. Minta kuah lebih sikit. Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya: Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk Rojak Sultan Chendering Rojak Ayam Buluh Gading Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6 Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di si...

Nasi Ayam Penyet di Quinara Al Safir Resort... serba cukup....

Image
Kebetulan pada suatu hari , ada mesyuarat di Quinara Al Safir Resort , Tok Jembal Kuala Terengganu dan pada waktu tengahari telah diperkenalkan menu yang baru iaitu Nasi Ayam Penyet. Alhamdulilah nampak rupa macam sedap dengan ayam gorengnya, serta sambal nya dan juga turut dihidangkan bersama Daging Singgang. Macam kena je.. Dan harga yang ditawarkan pun berpatutan iaitu RM10.90 bagi special dan RM12.90 bagi ayam kampung dan harga ternasuk minuman serta buah potong. Setelah menikmatinya memang sedap sungguh dan sambalnya pedas molek. Singgang daging pun sedap. Kira cukup kena lah. bagi anda yang ingin mencuba boleh lah berkunjung ke Lambur Cafe di Quinara Al Safir Resort. Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak resort di talian 09-6674040 #setiupost #terengganumyheritage

Aroma Square Kg Raja Besut.. comel weeih cafe ni, makan pun sedap...

Image
Baru-baru ini, rasa nak singgah kat sebuah cafe baru di Kg Raja, Besut bersebelahan dengan Dewan Merdeka yang baru setelah melihat promosi cafe ini di Facebook. Namanya Aroma Square Cafe. Cantik sekali dekorasi dalaman dengan hiasan mural dinding yang menarik serta susunan kerusi meja dan penataan cahaya yang membuatkan kita rasa selesa dan nyaman. Memang ingin mencuba beberapa menu dan anak-anak telah memilih Mushroom soup yang katanya memang sedap sehingga 2 kali tambah.Juga Meetball serta Banana Aiskrim. Admin mencuba Nasi Goreng Aroma yang disediakan dengan udang goreng yang rangup serta sambal yang sedap serta isteri pula mencuba Chicken salad. chicken salad yang sedap dan menyihatkan Nasi Goreng Aroma.. antara trademark di sini Mushroom Soup yang sedap Kegemaran kanak-kanak, Banana Aiskrim Banyak lagi menu menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke cafe ini di antaranya Nasi Ayam Penyet, chicken chop serta lamb chop yang h...

RM5.90 untuk Nasi Mandy Ayam.. murah sangat, sedap pula.. di Restoran Nasi Arab Al Amin, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
Nasi Mandy Ayam Restoran Nasi Arab Al Amin yang terletak di simpang tiga Kg Gong Nering Jerteh atau Kg Mak Sara, menjanjikan kelainan dan resepi asli masakan arab ala Saudi. Menurut pemilik restoran, Ustaz Zulhasna, semua rempah ratus dibawa terus dari Arab Saudi agar ia kekal asli dan menepati citarasa Arab asli. suasana kedai yang santai dan ala ala Arab Menu yang diperkenalkan di restoran ini adalah Nasi Mandy samada ayam mahupun kambing. Sememangnya menu kambing sering mendapat perhatian dan pilihan ramai. Burmaah kambing memang sedap... Roti Arab bersama Fooul Shawarma yang juga sedap. Selain itu juga turut disediakan shawarma iaitu snek arab seakan kebab dan roti arab yang boleh di makan samada bersama Burmaah atau sup kambing mahupun Fouul atau masakan daging kisar bersama kacang bersama sos tomato atau Kibdah iaitu masakan organ dalaman samahati hati, paru, limpa  yang digoreng ala Saudi. Turut dihidang di sini adalah Teh Arab samada asli, ...

D'PERAHU SEAFOOD menjanjikan yang terbaik untuk anda...

Image
PERHATIAN WARGA TERENGGANU 🔥 🔥 MASIH MENCARI TEMPAT UNTUK BERBUKA PUASA YANG PALING SEDAP PALING MURAH PALING SELESA PALING BERSIH DENGAN PELBAGAI PAKEJ DAN  MENU DENGAN KESEGARAN SEAFOOD YANG TERJAMIN SEGOR..KLU TERASA PUAS DOH MAKANG NASI LAUK MASAKAN PANAS KAMI JUGA ADA MENU SHELLOUT DAN BAKAR DAPUR ARANG..KAMI JUGA MENYEDIAKAN TEMPAT UNTUK JABATAN2 YANG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN SECARA BERAMAI RAMAI DENGAN MENU PAKEJ ATAU PILIHAN SENDIRI DENGAN HARGA IKUT BAJET SENDIRI..INILAH TEMPATNYA..KAMI BEROPERASI DI 4 CAWANGAN ☎️ 0134329434 📱 0134329434 💠   Dperahu Setiu Seafood 💠   Dperahu Seafood Besut 💠   Dperahu Seafood Dataran Syahbandar 💠   D'Perahu Seafood Merang 🔛  PERNAH DI NOBATKAN ANTARA SEAFOOD  TERBAIK  DI TERENGGANU 2016 (MANIS FM) 🔛  PILIHAN SELEBRITI TANAH AIR DI CAWANGAN SYAHBANDAR 🔛  TEMPAT PERTAMA SHELLOUT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ANJURAN NESTLE 2016/2017 🔛  JOHAN STIM LIMAU  TERBAIK  AN...

Pengunjung blog