Posts

Showing posts with the label cerita rakyat terengganu

Cerita Rakyat Terengganu: Lagenda Cik Peh Cik Neh

Image
gambar:  legasisuatuinspirasi.blogspot.com   Cerita darihal Cik Peh Cik Neh bukan sahaja telah diceritakan oleh penduduk setempat sahaja di mana ianya berlaku, iaitu di Kampung Nibung, Kuala Terengganu malahan cerita ini turut menjadi lagenda kepada penduduk dari tempat-tempat lain di sekitar Kuala Terengganu. Cik Peh digambarkan sebagai orang yang kebal dan tidak lut oleh senjata dan matinya adalah akibat difitnah. Cik Peh menurut ceritanya adalah seorang pendekar yang telah berkhidmat sebagai hulubalang Raja disuatu ketika dahulu. Akibat ada dikalangan orang Istana yang cemburukan nya, maka orang-orang tersebut telah memfitnah Cik Peh kepada Raja (tidak dapat dipastlikan zaman perintahan Sultan yang mana yang telah menghukum Cik Peh). Menurut ceritanya lagi, Haji Mat Salleh bersama-sama dengan empat puluh Budak Raja telah diperintahkan untuk menangkap serta menjalankan hukuman bunuh tersebut. Haji Mat Salleh sebenarnya merupakan seorang yang handal bersilat dan adik ...

Cerita Rakyat Terengganu: 'Keris Suluh Hati' - Antara Keris-Keris Terbilang Negeri Terengganu

Image
gambar:  trg3m-foto-sejarah-lama.blogspot.com Telah dikisahkan bahawa di negeri Terengganu terdapat tiga bilah keris yang terbilang dan sangat baik buatannya. Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah pembuatnya namun nama-nama keris yang dimaksudkan tersebut adalah 'Keris Suluh Hati', 'Keris Teluk Ketapang' dan 'Keris Lidah Jin'. Salah satu keistimewaan ‘Keris Suluh Hati’ sebagaimana yang diceritakan ialah pihak yang menggunakan keris itu dapat (dengan Izin Allah s.w.t.) mengalahkan serta menumbangkan lawannya hanya dengan mengajukan hujung keris tersebut ke arah pihak lawan. Di ceritakan bahawa keris ini telah dijumpai di Kampung Ladang oleh seorang Dato' yang ingin menggali sebuah perigi. Apabila pekerjanya masuk sahaja untuk menggali perigi tersebut, tiada lagi kedengaran akan ia membuat kerja dan keadaan terus senyap sepi. Apabila ditarik orang tersebut keluar, didapati orang tersebut telah mati dan badan orang tersebut telah bertukar menjadi war...

Pengunjung blog