Posts

Showing posts with the label fishing

Tanding Ngail AGRO pada 11 Mac 2017 Sabtu dan juara keli RM3,000 dan juara Pacu @ Patin RM1,000

Image
Pertandingan Ngail AGRO Kali ke 2/ 2017 Pada 11 Mac 2017 SABTU 2.30 hingga 5.30 petang Yuran penyertaan RM40.00 bagi sebatang joran. Juara KELI akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Juara Pacu atau Patin akan membawa pulang wang tunai RM1,000 Jom datang ramai-ramai kita meriahan pertandingan ini. Turut bersama adalah produksi RTM bagi rakaman Travelog Agro pada hari pertandingan tersebut. #vivitbeautifulterengganu #terengganumyheritage #setiupost #tandingngailagro

Penjenamaan Tasik Kenyir Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

Image
Kerajaan negeri komited membangunkan industri pelancongan sebagai tunjang ekonomi negeri dengan melaksanakan transformasi  terbesar menerusi penjenamaan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd rahman, berkata strategi ini diyakini akan menghasilkan impak yang positif kerana Tasik Kenyir merupakan antara aset terbaik Negeri Terengganu. “Proses penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan daya saing Tasik Kenyir sebagai ikon pelancongan. “`Trend’ peningkatan bilangan pelancong ke Tasik Kenyir yang meningkat dari tahun ke tahun menambahkan keyakinan kerajaan negeri bahawa Tasik Kenyir mampu menjadi hab pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Ahmad Razif berkata, ...

Pengunjung blog